Monday, October 17, 2016

SEORANG SAHABAT MENGADAP NABI KERANA MEMBUAT DOSA


Hadis muttafakun alaih daripada Ibni Masud RH, “Bahawa seorang lelaki di kalangan sahabat telah melakukan dosa dengan seorang perempuan secara menciumnya lalu datang mengadap nabi SAW dan memberitahu dosa yang dilakukan lalu Allah menurunkan firman-Nya, dirikanlah sembahyang pagi dan petang dan waktu malam. Sesunggunya segala kebaikan menghilangkan segala dosa. Lelaki itu berkata, “Adakah ini untuk saya seorang sahaja?. Untuk semua umat aku” Jawab Rasulullah SAW”.

Hadis ini menceritakan bagaimana sembahyang boleh menghilangkan dosa. Allah menyuruh sembahyang pagi, petang dan malam untuk menghapuskan dosa. Sebab turun ayat itu ialah seorang sahabat yang berjalan bertemu dengan seorang perempuan lalu memegang dan menciumnya. 

Bila sedar perbuatan itu berdosa beliau memberitahu nabi dalam keadaan menyesal dengan perbuatan itu. Lalu Allah Taala menurunkan ayat itu. Nabi baca ayat itu kepadanya dan berkata ayat itu untuk semua orang. 

Jangan mempermain-minkan dengan maksiat. Apa yang dimaksud ialah sembahyang boleh menghapuskan dosa.

- KULIAH YT

No comments:

Post a Comment