Tuesday, October 18, 2016

MENDIDIK ANAK




Islam mengajar mendidik anak-anak. Antara cara-cara mendidik anak-anak ialah memberi nasihat, memberi petunjuk dengan kelembutan, dengan contoh dan tauladan. Sekiranya contoh tidak berjaya, cakap dan arahan tidak diindah maka kena guna hukuman.

Hukuman dalam Islam bukan hendak menyakitkannya tetapi mendidik. Islam suruh menghukum. Orang tua dihukum kerana membuat salah.

Hukuman ada dua iaitu menghukum badan dan menghukum hati supaya ada kesedaran. 

Cara menghukum anak-anak yang membuat salah:

1. Memberi pandangan yang sinis iaitu menajam pandangan mata kerana mata ada kuasa.

2. Keluarkan suara, apa-apa suara menyatakan bahawa kita tidak setuju dengan perbuatan mereka.

3. Memuji orang lain di depan anak kita supaya dapat membuat perbandingan. Dia serupa macam kamu, dia boleh buat elok tetapi mengapa kamu tidak boleh buat.

4. Tidak memperdulikan permintaannya. Kemudian memberitahu permintaannya tidak dilayan kerana mereka tidak mendengar cakap. Jadi cara menghukum lembut dan halus sebenarnya.

5. Kurangkan memberi duit kepadanya dan kurangkan kehendaknya. Kurangkan waktu bermain. Kurangkan waktu melawat. Ini adalah bentuk hukuman kerana tidak mendengar cakap.

6. Jangan tegur anak kita tetapi jangan melebihi tiga hari.

7. Memberi ancaman kepada anak kita supaya anak kita tidak menganggap ringan. Beritahu ancaman kita dan ancaman Allah. Ceritakan kepada mereka mengenai azab kubur, azab api neraka akibat tidak sembahyang, akibat tidak mendengar cakap ibu-bapa.

8. Kita boleh hukum anak kita dengan mencubit telinga. Pernah berlaku kepada seorang sahabat bernama Abdullah bin Baz Almazmu. Dia menceritakan satu hari ibunya menyuruh hantar buah anggur kepada Rasulullah SAW. Dalam perjalanan dia makan buah anggur itu sebiji demi sebiji sehingga sampai rumah nabi, sedikit sahaja yang tinggal. Nabi tahu dia makan lalu nabi mencubit telinganya.

9. Boleh memukul anak dengan rotan dan ini merupakan cara terakhir. Apabila anak sampai umur sepuluh tahun baharu boleh dipukul. 

Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Suruh anak sembahyang apabila anak berumur tujuh tahun dan boleh memukulnya apabila anak berumur sepuluh tahun jika tidak sembahyang”.

Macam mana hendak pukul anak:

1. Pukulan mesti ada terasa sakit dan ada perasaan insaf.

2. Jangan pukul anak kalau kita berjanji tidak mahu pukul. Contoh gelas pecah tetapi apabila ditanya tiada siapa yang mengaku. Kita pun mengatakan kepada anak itu siapa mengaku ayah tidak pukul. Tiba-tiba anak mengaku tetapi kita pukul juga. Perbuatan itu menunjukkan kita telah menanam dalam hati anak-anak kita bahawa kita tidak boleh dipercayai.

3. Sebelum pukul tengaklah keadaannya. Kesalahan kecil boleh dimaafkan. Kesalahan yang besar hendaklah dipukul. Sebelum memukul tunjuk dahulu rotan yang hendak digunakan. Jangan pukul di depan orang yang dia malu. Jangan pukul dalam keadaan marah. Jangan pukul ditempat yang merbahayakan seperti muka, dada dan perut. Tempat yang elok dipukul ialah di tapak tangan, di tapak kaki dan di punggung. Jika ayah yang memukul ibulah yang memberi kaunseling.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment