Anggapan bahawa apabila seseorang
memeluk Islam hubungan dengan ibu-bapa terputus sama sekali adalah anggapan
yang salah.
Keadaan ini pernah berlaku kepada
Asma’ binti Abu Bakar. Ibu Asma’ iaitu Husailah adalah seorang yang kafir.
Saidina Abu Bakar telah menceraikan Husailah semasa zaman jahiliah lagi.
Pada suatu hari, Husailah telah
datang menemuinya dalam keadaan yang gembira dan membawa sedikit buah tangan
untuk diberi kepada Asma’. Tetapi Asma’ tidak menerima pemberian itu dan tidak
menjemput ibunya masuk ke dalam rumah.
Asma’ mengutus seorang supaya
bertanya Rasulullah apakah tindakan yang patut dilakukan.
Mendengar cerita utusan itu
Rasulullah SAW berkata, “Terimalah hadiah itu dan jemputlah emaknya masuk ke
dalam rumah”.
Selepas mendengar ucapan nabi
baharulah Asma’ menerima pemberian dan menjemput ibunya ke dalam rumah.
Allah berfirman bemaksud, “Allah
tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu dan agama kamu dan tidak menghalaukan kamu daripada
kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku
adil”.
Jadi ini menunjukkan Islam tidak
memutuskan hubungan anak dengan ibu-bapa bukan Islam. Anak-anak wajib
memelihara hubungan dengan ibu-bapa sekali pun bukan Islam selagi ibu-bapa
tidak menyuruh melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
Semoga dengan layanan dan sikap
yang baik dengan ibu-bapa bukan islam sedikit sebanyak boleh mendorong mereka
memeluk Islam.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment