Tuesday, October 18, 2016

ADAB ANAK KEPADA IBU-BAPA



1. Ta’at kepada ibu-bapa selagi tidak bercanggah dengan Islam.  Cara mentaatinya ialah utamakan pendapat ibu-bapa dan utamakan kemahuan dia. Apabila ibu-bapa kaya anak menjadi raja sebaliknya apabila anak kaya pula ibu-bapa menjadi hamba. Ini bermakna anak menjadi tuan dan memerintah ibu-bapa.

Sepatutnya ibu bapalah yang mesti dihormati walau bagaimana kaya sekalipun anak. Nabi bersasbda maksudnya, “Syurga di bawah tapak kaki ibu”

Hadis menunjukkan bahawa ibu-bapa sepanjang masa mengatasi anak-anak. Anak-anak sentiasa kena hormat ibu-bapa, sentiasa rendah diri terhadap ibu-bapa. Kalau ibu itu ahli syurga dia kena beri syurga kepada anak-anak. Ini bermakna ibu-bapa kena beri pendidikan kepada anak-anak supaya menurut perintah Allah. Apabila anak-anak menurut perintah Allah baharulah mereka menghormati dan mentaati kita.

2, Bercakap dengan ibu-bapa dengan lemah lembut. Ini bermakna kita tidak berkeras dengan ibu-bapa bila bercakap. Lembut bermakna menggunakan bahasa yang baik, percakapan yang tidak akan menggoris perasaan ibu bapa.

3. Di dalam majlis, apabila ibu-bapa masuk maka hendaklah kita bangun sebagai menghormatinya. Ataupun sebut sila duduk emaknya, menunjukkan kita menghormati kedatangan dia.

4. Kalau hendak berpisah di tempat yang jauh sunat mencium tangan dan sunat mencium dahi ibu bapa.

5. Kita kena memelihara nama ibu-bapa kita. Sebagai contoh kalau kita maki ibu-bapa orang, orang akan balas dengan memaki ibu-bapa kita pula. Nabi kata perkara sama dengan kita mamaki ibu-bapa kita.

6. Jangan panggil ibu-bapa dengan namanya. Panggillah dengan nama ‘ayah, abah’ dan sebagainya.

7. Memuliakan ibu-bapa dengan memberi apa yang dia minta mengikut kemampuan.  Balik kampung mengunjungi ibu-bapa. Balik kampung menziarahi ibu-bapa merupakan satu ibadat yang sangat besar. Nabi menyebut melihat wajah ibu bapa adalah ibadat.

8. Kena bermesyuarat dengan ibu-bapa. Kalau hendak membuat perkara yang besar kena tanya pendapat ibu-bapa. Hendak membeli kereta, hendak membeli rumah misalnya beritahulah kepada ibu-bapa supaya sentiasa berada dalam maklumat ibu-bapa. Apa yang kita perlu ialah redha ibu-bapa. Bila ibu-bapa redha, Allah akan redha dan berkatlah hidup kita dunia dan akhirat.

9. Perbanyakkan doa untuk ibu-bapa. Mengikut imam Malik berdoa kepada ibu-bapa paling kurang lima kali sehari. Bacalah apa-apa doa dalam bahasa Melayu pun boleh kerana Allah faham semua bahasa.

Doa yang paling baik ialah doa yang diajar oleh Allah SWT.
RABBIRFIRLI WALIWA LIDAIYA WARHAMHUMA KAMA RABBAYANI SYARIRA. Ertinya wahai tuhan ampunkanlah dosa aku, dosa kedua ibu-bapa aku dan kasihanilah kedua ibu-bapa aku sebagaimana mereka kasih aku semasa aku kecil

10. Kalau ada tetamu di rumah, anak hendaklah duduk di tempat yang mudah dilihat oleh ibu-bapa supaya senang ibu-bapa mendapat bantuan. Contoh buat air, tutup pintu atau tutup TV.

11. Kena mengembirakan ibu-bapa dengan apa cara sekalipun. Sebagai contoh kalau ibu-bapa suruh belajar bersungguh-sungguh kita belajar bersungguh-sungguh.

12. Jangan potong percakapan ibu-bapa.

13. Kalau hendak keluar rumah hendaklah memberitahu ibu-bapa. Keluar ke mana, balik lewat dan hendaklah hubungi ibu-bapa dengan fon.

14. Jangan memeranjatkan atau menakut-nakutkan ibu-bapa.
Peliharalah adab-adab dengan ibu-bapa kita nescaya anak-anak kita beradab dengan kita.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment