Monday, October 17, 2016

ORANG BADWI KENCING DALAM MASJID


Hadis riwayat Muslim daripada Anas RH, “Rasulullah SAW bersabda bahawa sesungguhnya masjid ini tidak layak dengan sesuatu yang tidak elok seperti mengotorkan, masjid adalah tempat menyebut nama Allah Taala dan membaca Quran.”

Rasulullah berbau sesuatu yang tidak elok, boleh jadi orang membuang air kecil dalam masjid. 

Ada hadis menceritakan ada seorang Badawi datang ke majlis nabi dalam masjid. Orang Badawi duduk jauh di kawasan pendalaman. Beliau sudah masuk Islam tetapi belum belajar dan masjid di negeri Arab masa itu berlantaikan tanah dan dikelilingi pagar begitu sahaja. 

Beliau membuang air kecil di tepi pagar dalam masjid. Ramai orang melihatnya dan nabi kata biarlah dia selesai membuang air kecil dulu.

Setelah selesai nabi menyuruh basuh tempat itu dan nabi memanggil beliau dan menegur beliau dengan cara yang tidak memalukan. Nabi berkata, “Di sini bukan tempat membuang air kecil, tetapi tempat membuat ibadat”

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment