Monday, October 17, 2016

SAHABAT PAKAI CINCIN EMAS


Rasulullah SAW menegur seseorang mengikut perangainya. Ada kala nabi menegur secara lembut dan ada kala secara keras.  Kepada orang Badawi yang tidak ada ilmu nabi menegur secara lembut, tetapi kepada sahabat yang kuat iman nabi menegur dengan keras.

Cara menegur menjadi pengajaran kepada orang lain. Sebagai contoh seorang sahabat yang memakai cincin emas dalam suatu majlis. Nabi minta cincin itu dan melemparnya seraya berkata, “Ini neraka”.  Lalu nabi meninggalkan majlis itu.

Sahabat disuruh mengambil semula cincin itu dan beri kepada isterinya.  Sahabat itu tidak mahu mengambil cincin itu dan berkata, “Aku tidak akan ambil apa yang nabi lempar”. Ini menunjukkan betapa kuatnya iman sahabat tersebut.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment