Sunday, October 16, 2016

MINTA KERANA ALLAH



Dalam hadis menyebut nabi Khadir suatu hari pergi ke pasar. Lalu datang seorang peminta sedekah, “Beri aku sedikit wang kerana aku lapar”. 

Nabi Khadir kata, “Aku tiada wang”. 

Peminta sedekah itu mengulangi permintaannya dan nabi Khadir mengulangi kata-katanya bahawa dia tiada wang.

“Aku minta dengan ikhlas, aku minta kerana Allah”. Kata peminta sedekah. 

Nabi Khadir berkata, “Aku tiada wang. Kalau begitu kamu jauallah aku supaya dapat wang”.

Nabi Khadir diheret untuk dijual. Susah mendapat pembeli, siapa hendak beli orang tua. 

Dengan takdir Allah seorang kaya sudi membeli untuk dipelihara. Setelah membayar wang kepada peminta sedekah nabi Khadir dibawa pulang ke rumah.

Di rumah nabi Khadir diberi makan minum secukupnya tetapi tidak disuruh membuat sebarang pekerjaan. Nabi Khadir menyuruh orang kaya itu memberi kerja kepadanya.

“Aku tidak sampai hati hendak suruh kamu kerja, kamu sudah tua”. Kata tuannya.

Nabi Khadir terus menyuruh tuannya memberi kerja kepadanya. Sebelum meninggalkan rumah nabi Khadir disuruh membuat satu pekerjaan yang memerlukan masa beberapa hari untuk menyiapnya. 

Apabila balik ke rumah didapati semua kerja telah siap. Tuannya hairan bagaimana kerja boleh disiapkan secepat itu lalu bertanya, “Siapa kamu ini, orang atau malaikat”.

“Aku ini hamba kamu, yang kamu beli daripada peminta sedekah dahulu”. Jawab nabi Khadir. 

Tuannya bertanya lagi, “Siapa kamu, aku bertanya kerana Allah”. 

Jawab nabi Khadir, “Akulah Khadir”

Nabi Khadir diketahui ramai mengenai perkara luar biasa berlaku ke atasnya. Kemudian Nabi Khadir dibebaskan.

Jadi jika orang minta kerana Allah hendaklah diberi mengikut kemampuan. Jika tidak mampu ucapkan kata-kata yang baik atau pun berdoa. Itulah pengajaran boleh diambil daripada peristiwa itu.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment