Sunday, October 16, 2016

GANGGUAN BAIK MASA SEMBAHYANG



Disebut dalam hadis bahawa rasulullah SAW bersembahyang Asyar bersama sahabatnya. Selesai sembahyang dia tergesa-gesa pulang ke rumah. Sahabat terkejut gelagat nabi dan bercakap-cakap mengapa Rasulullah tergesa-gesa pulang tanpa wirid.

Sejurus kemudian, Rasulullah tiba pula di masjid menemui sahabat. “Masa sembahyang tadi aku teringat simpan barang di rumah untuk disedekahkan kepada orang dan aku balik cepat-cepat takut lupa hendak sedekah“. Kata Rasulullah SAW.

Ini menunjukkan nabi pun teringat tengah sembahyang dan niatnya hendak sedekah barang itu kepada orang. Niat yang baik tidak menjadi salah.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment