Tuesday, October 18, 2016

HUKUM HUDUD TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN JIKA ADA SUBAHAT



Di zaman Saidina Othman, dibawa seorang perempuan yang mengandung selama enam bulan. Kerana mengandung selama enam bulan, Saidina Othman hendak melaksanakan hukuman hudud ke atas perempuan itu kerana dituduh berzina.

Lalu Saidina Ali berkata, “Jangan jatuhkan hukuman ke atasnya kerana Allah berfirman, mengandung dan susuannya memakan masa tiga puluh bulan dan Allah berfirman, dan ibu-ibu menyusu anak-anaknya dalam masa dua tahun cukup umur yang sempurna, maka menyusu dua puluh empat bulan dan mengandung selama enam bulan”.

Saidina Othman terus menggugurkan hukuman hudud ke atas perempuan itu.

Di sini menunjukkan hukum hudud tidak boleh dijatuhkan bila ada subahat.

Dilepaskan hudud bila ada subahat, kecuali dia mengaku telah berzina baharu boleh dijatuhkan hukuman hudud. Itupun setelah pengakuan dibuat sebanyak tiga kali.

Pengakuan kali pertama disuruh bertaubat. Mengaku lagi dan dinasihat lagi. Kemudian dia datang membuat pengakuan lagi baharu jatuh hukuman iaitu selepas tiga kali pengakuan.

Islam menggalakkan seseorang itu bertaubat antara dia dengan Allah SWT.

Lebih afdal bertaubat dengan Allah SWT daripada mengaku. Allah SWT memberi peluang bertaubat.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment