Jodoh pertemuan di tangan tuhan,
sepatutnya orang baik bertemu dengan orang baik. Kadang-kadang orang solih
bertemu dengan orang tidak baik.
Pengajaran boleh diambil daripada
Asiah, isteri Firaun yang disebut dalam al-Quran.
Asiah adalah seorang wanita suci,
beriman dan warak, berkahwin dengan Firaun yang zalim dan kejam dan menganggap
dirinya tuhan.
1. Asiah tetap meningkatkan
keimanannya kepada Allah SWT. Dia tidak pernah leka dengan kemewahan yang
diberi oleh Firaun dan menganggap segala kemewahan itu adalah perangkap
syaitan.
2. Asiah merupakan seorang wanita
yang mempunyai kesabaran amat tinggi. Dia boleh hidup dalam keadaan kezaliman
yang dilakukan oleh Firaun.
3. Atas kesabarannya itu Allah
SWT telah memperkenankan doanya. Doa yang telah dibaca oleh Asiah ialah surah at-Tahrim
ayat 11 dan 12 bermaksud, “Wahai tuhanku benalah sebuah rumahku di sisi-Mu di
syurga dan selamatlah aku daripada angkara Firaun dan perbuatan yang kufur dan
ganas, serta selamatlah aku daripada kaum yang zalim”
Bagi wanita yang menghadapi
masalah yang serupa, gunalah doa ini supaya dapat menghindar diri daripada
kejahatan, keburukan suami yang kejam. (sebut nama suami dalam doa itu)
4. Asiah merupakan seorang isteri
yang bijak. Oleh sebab itu orang perempuan mesti bijak. Allah SWT telah
menunjukkan kepada kita bagaimana Asiah berjaya memujuk Firaun mengambil Musa
yang sepatutnya anak lelaki yang mesti dibunuh kerana akan meruntuhkan
kerajaannya kelak.
Dengan menggunakan kata-kata yang
lemah lembut, Asiah berjaya melembutkan hati Firaun untuk menerima rayuan Asiah
mengambil Musa sebagai anak angkatnya dan dibesarkan dalam Istana Firaun.
Kita perlu mendekatkan diri
kepada Allah dan berdoalah kepada Allah SWT. Seterusnya kena banyak bersabar
dalam menerima sebarang ujian kerana dengan bersabar dosa kita dihapuskan oleh
Allah SWT.
Di sebalik kelemahan wanita, terdapat
seribu satu macam kekuatan. Contohnya, kecantikan bagi bulan purnama boleh
menawan hati suami. Kepitahan kata-kata boleh mencairkan ego suami dan sifat
lemah lembut boleh mengguda suami, matanya yang memikat bagaikan panah yang
beracun, air matanya yang menjadi senjata kimia boleh melembutkan hati suami.
Gunakanlah segala kekuatan ini
untuk mentarbiah, untuk mendidik suami kita agar dia menjadi orang ta’at kepada
Allah SWT.
Moga-moga apa yang diajar oleh
Asiah sedikt sebanyak menjadi panduan kepada wanita-wanita ataupun
isteri-isteri yang bertemu jodoh dengan suami yang baik atau tidak baik
perangainya.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment