Dalam kehidupan tiada seorang pun
yang bebas daripada ujian Allah SWT. Setiap ujian itu ialah untuk menguji
keimanan seseorang.
Saidina Omar Alkhattab ada
menceritakan daripad Atob bin Abdul Rabah bahawa Ibni Abas telah bertanya
kepada Atob mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu seorang wanita ahli syurga.
Jawab Atob, “Ya, siapakah dia”. Ibni
Abas pun menunjukkan kepada seorang wanita yang berkulit hitam, “Itulah dia
ahli syurga”
Wanita berkulit hitam pernah
datang berjumpa Rasulullah SAW dan memohon, “Ya Rasulullah sesungguhnya aku ini
mengidap penyakit epilapsi. Ketika aku mengalami penyakit ini, ya Rasulullah,
auratku terbuka. Doalah untukku ya Rasulullah”.
Lalu Rasulullah berkata, “kiranya
kamu redha dan sabar dengan penyakit ini nescaya syurga bagimu dan jika kamu mahu
ianya disembuhkan oleh Allah SWT, maka kamu juga boleh bermohon kepada Allah
untuk itu”
Bila mendengar kata-kata
Rasulullah SAW itu maka perempuan itu pun berkata, “maka sesungguhnya aku redha
dan sanggup bersabar, ya Rasulullah”
Bila dia bercakap begitu Rasullah
SAW pun bersabda, “Sesungguhnya kamu ahli syurga”
“Tetapi ya Rasulullah aku memohon
agar doakanlah kepada Allah SWT supaya Allah lindungi aku daripada terbuka
auratku”. Itulah yang diminta daripada Rasulullah SAW.
Lantas Rasulullah SAW pun berdoa
semoga Allah SWT memelihara auratnya.
Jadi wanita itu memohon
Rasulullah berdoa supaya auratnya dilindungi dan bukan penyakitnya disembuhkan.
Ini menunjukkan bahawa wanita ini
bersedia dan lebih redha daripada penyakit yang diterimanya kerana itu
merupakan uijian daripada Allah SWT. Dia mengetahui penyakit itu ada hikmahnya.
Oleh itu pra ibu yang mengalami
kecacatan, kesusahan atau berbgai-bagai musibah dalam kehidupan maka hendaklah
bersabar disamping berusaha untuk berubat atau memperbaiki keadaan yang dialami.
Sabda
Rasulullah SAW yang berbunyi,
“Sesungguhnya menakjubkan urusan orang mukmin, sesungguhnya semua urusan adalah
baik. Apabila mendapat kelapangan, kegembiraan atau kejayaan maka dia akan
bersyukur dan itu adalah kebajikan baginya. Apabila ditimpa kesempitan dan dia
akan bersabar dan itu juga adalah kebajikan baginya”
Selain
daripada itu kalau melihat dari segi hikmahnya, segala penyakit atau musibah
yang diberi oleh Allah SWT adalah untuk menghapuskan dosa dan segala musibah
itu dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment