Berhubung dengan rezeki yang
halal Rasulullah SAW bersabda, “Badan yang tumbuh subur dengan makanan yang
haram maka nerakalah yang menjadi tempat duduknya”.
Oleh itu ibu bapa yang beriman
hendaklah mempastikan rezeki yang diperolehi hanya dari sumber yang halal.
Kita boleh ambil teladan daripada
kisah ibu imam Shafie. Pada suatu hari semasa imam Shafie masih lagi kecil
ibunya membawa imam Shafie pergi ke pasar. Tanpa disedari didapati imam Shafie
sedang memakan sebiji epal. Ibunya terus mengorek-ngorek mulut imam Shafie
sehingga dia muntah semua buah epal yang dimakannya.
Ibunya bertindak demikian kerana
dia takut buah epal itu menjadi darah daging yang tumbuh subur dalam tubuh
badan anaknya dan akan menyebabkan dirinya serta anaknya dijilat oleh api
neraka.
Allah SWT juga berfirman
maksudnya, “Wahai Rasul makanlah rezeki yang baik dan beramal solihlah,
sesungguhnya kami maha mengetahui apa yang kamu lakukan”.
Berdasarkan kepada kisah ibu imam
Shafie jelas kepada kita bagaimana seorang ibu atau seorang isteri itu wajib
memainkan peranan terhadap suami dan anak-anaknya agar memastikan dia mencari
rezeki yang halal.
Antara pesanan kepada isteri
solihah ialah si isteri jangan sekali-kali meminta sesuatu di luar kemampuan
anak atau suaminya. Isteri mesti bersifat sederhana dengan kemewahan dunia.
Jika isteri meminta sesuatu yang menyusahkan suami maka malaikat akan
melaknatinya dan Allah akan murka kepadanya.
Kenapa Allah murka?
Kerana keadaan itu boleh
mendorong suami melakukan sesuatu yang haram seperti rasuah, pecah amanah,
menipu, mencuri dan macam-macam lagi yang mungkin dilakukan demi untuk memenuhi
kehendak isteri yang tercinta.
Jadi isteri dilarang meminta
sesuatu di luar kemampuan suami. Maka alangkah mulianya jika kita menjadi
isteri yang solihah dan apabila suami hendak pergi kerja isteri akan berpesan
dengan berkata, “Abang bertakwalah kepada Allah agar kami sekeluarga diberi
makan dari sumber yang halal dan kami mampu menahan lapar beberapa hari tetapi
kami tidak sanggup menerima azab Allah walaupun sekejap. Lepas itu ucapkan
salam dan doakan semoga Allah selamatkan dia pergi dan balik.
Seterusnya isteri perlu juga
mengingatkan kepada diri, suami dan anak-anak tentang memakan makanan haram
menyebabkan doa tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.
Galakkan suami untuk bersedekah
kerana sedekah dapat mendorong suami untuk mencari rezeki yang halal, Insya
Allah.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment