Memang ada rintihan para isteri
yang melayan suami dengan baik tetapi tidak dihargai oleh suami. Suami mencari
wanita lain bahkan lebih malang lagi menceraikannya.
Kes sebegini pernah berlaku di
zaman sahabat dahulu iaitu seorang perempuan cantik bernama Hurainab binti
Ishak. Wanita ini mempunyai kecantikan yang luar biasa sehingga ramai lelaki
tergila-gilakannya.
Alhamdulillah dia dikahwin dengan
seorang lelaki yang warak dan baik bernama Abdullah bin Masud. Mereka dapat
mendirikan rumah tangga dengan bahagia. Tetapi sayangnya kebahgiaan itu hanya
sekejap sahaja. Berlaku satu peristiwa, Yazid bin Ziad telah lalu di hadapan
rumahnya dan telah terlihat wajah Hurainab yang cantik menyebabkan ia menjadi
mabuk kepayang.
Yazid membuat satu pakatan dengan
ayahandanya Muawiyah, melakukan sesuatu menyebabkan Abdullah bin Masud menceraikan
isterinya. Abdullah bin Masud diumpan dengan kerja yang berpangkat besar dan
dipaksa berkahwin dengan puterinya sedangkan pada hakikatnya peteri itu tidak
mahu berkahwin dengan Abdullah bin Masud.
Atas nasihat bapa saudaranya Hurainab
pula menerima pinangan Husin bin Ali. Bila mendengar berita ini Abdullah bin
Masud gembira walaupun hatinya sedih.
Abdullah bin Masud akhirnya teringat
sebiji permata yang telah diberi kepada Hurainab untuk disimpan. Dia yakin
dapat mengambil balik permata itu kerana amat bernilai.
Dia minta izin dengan Husin untuk
bertemu dengan Hurainab dan bila Hurainab bertemu dengan Abdullah bin Masud dia
menangis tersedu-sedu melihat bekas suaminya kerana kasih sayang masih lagi
wujud.
Apabila Husin melihat keadaan itu
dia terus menceraikan Hurainab dengan lapaz talak tiga dan menyuruh Abdullah
menerimanya semula.
Husin berkahwin dengan Hurainab
bukan kerana kecantikannya tetapi untuk menyelamatkannya dan untuk mengembalikan
dia kepada Abdullah bin Masud.
Ini menunjukkan balasan orang
yang sabar atas ujian Allah, Allah akan mengurniakan kebaikan. Mereka berkahwin
semula dan dapat memupuk keluarga yang bahagia.
Para isteri yang menghadapi masalah
yang sama patut mengambil teladan dari apa yang dialami oleh Hurainab. Kita
hendaklah sabar dan redha atas ujian ke atas kita dan istiqamah melakukan
amalan yang diredhai oleh Allah SWT.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment