Perkara yang wajib bila hendak
mengambil air sembahyang ada 6 perkara. Ini dikenali dengan rukun. Syarat ialah
perkara berlaku sebelum dibuat perkara seterusnya. Rukun ialah perkara mesti
ada pada masa kita buat perkara itu.
Mengambil wuduk adalah syarat
bagi sah sembahyang fardu bukannya rukun sembahyang. Rukun sembahyang ialah
perkara yang berlaku pada masa sembahyang.
Rukun mengambil wuduk:
1. Niat.
Niat ialah kosad hendak membuat
sesuatu perkara. Yang penting dalam niat itu ialah “Kerana Allah Taala” iaitu
ikhlas kepada Allah SWT. Niat mengambil wuduk mengikut mazhab Shafie ialah
apabila air dibasuh pada muka.
Lapaz niat : sahaja aku mengangkat
hadas kecil kerana Allah Taala.
2. Membasuh semua muka.
Sempadan muka yang diajar oleh
nabi SAW ialah daripada anak telinga kepada anak telinga dan daripada hujung
rambut atas dahi sehingga dagu. Wajib basuh lebih sedikit daripada sempadan
itu.
3. Kedua tangan hingga kedua siku.
4. Menyapu sebahagian kepala bukannya basuh
5. Membasuh kedua-dua kaki hingga
buku lali. Mazhab Syiah sapu sahaja. Mazhab Shafie pun membenarkan menyapu sarung
kaki sahaja dalam kes tertentu.
6. Tertib
-
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment