Sunday, October 16, 2016

WUDUK DAN TAYAMU


Berwuduk bermakna mengambil air sembahyang.  Dari segi hukum syarak makna wuduk dalam mazhab Shafie ialah menggunakan air pada anggota yang khusus dengan niat. Mengambil wuduk tanpa niat ialah mazhab Hanafi. 

Mengikut pendapat ulama,  Allah SWT mewajibkan wuduk pada malam Israk dan Mikraj bersama dengan mewajibkan sembahyang kerana wuduk adalah syarat sah sembahyang.
Al-Quran menerangkan dengan detil mengenai wajib wuduk dan anggota wuduk serta tayammu.

Anggota wuduk ialah muka, kedua tangan hingga ke siku, menyapu kepala dan kedua kaki hingga buku lali.

Bagi hadas besar, kena mandi dan wajib merata air seluruh tubuh.

Tayamu merupakan gantian kepada wuduk apabila tiada air. Dalam mazhab Shafie bertayamu dengan debu tanah yang baik bukan dengan pasir. Mazhab yang lain boleh bertayamu dengan apa sahaja yang ada atas tanah.

Muka dan kedua tangan hingga ke siku adalah anggota tayamu. Kaki dan kepala bukan anggota tayamu. Begitu juga dengan hadas besar, muka dan kedua tangan hingga ke siku sahaja diwajibkan, bukannya seluruh tubuh. Ini adalah kemudahan yang diberi oleh Allah SWT.

Kesempurnaan dan kecemerlangan wuduk mestilah dipelihara. 

Sunat membasuh anggota sebanyak tiga kali sahaja. Membasuh lebih daripada tiga kali adalah makruh. 

Sunat yang lain ialah lapaz niat (boleh dibaca dalam bahasa Melayu), membasuh kedua tangan, memasukkan air ke dalam hidung dan mulut  sembil membaca Auzubillah … dan bismillah… membasuh kedua telinga, dan jangan tinggal membaca doa wuduk walau pun sunat. 

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment