Sunday, October 16, 2016

KEWAJIPAN SEMBAHYANG FARDU DITERIMA DI LANGIT


Ferman Allah bermaksud, “Terus menerus menunaikan sembahyang terutamanya sembahyang Wusto”

1.  Sembahyang lima waktu tersangat penting

2.  Hendaklah dipelihara dan jangan sekali-kali meninggalkannya.

3.  Diwajibkan oleh Allah dan menjadikan rukun Islam yang kedua.

4.  Kewajipannya diterima oleh nabi di langit pada malam Israk dan Mikraj
.
5.  Kewajipan lain diterima di bumi melalui wahyu yang dibawa oleh malaikat Jibril.

6.  Sembahyang fardu menandakan betapa kasihnya Allah kepada hamba-Nya
.
7.  Allah SWT minta kita berhubung dengan-Nya sebanyak lima kali sehari semalam.

8.  Oleh kerana sembahyang lima waktu sangat besar dalam agama Islam maka wajib ditunaikan dalam waktunya terutama sekali sembahyang Wusto.

9.  Mengikut kaul yang lebih kuat sembahyang Wusto ialah sembahyang Asyar. Sembahyang Asyar  lebih diberatkan kerana pada waktu ini malaikat siang dan malam bertukar giliran.

Mengikut hadis dari Ibni Masud: Amalan yang paling afdal ialah mendirikan sembahyang fardu dalam waktu yang diwajibkan. Waktu sembahyang diajar oleh malaikat Jibril kepada nabi Muhamad SAW.

Sembahyang di luar waktu haram dan berdosa besar. Setengah ulama mengatakan kafir.
Tinggal sembahyang fardu dengan sengaja adalah haram dan berdosa besar. Kebanyakan ulama mengatakan sembahyang yang ditinggalkan wajib diqodar dan bertaubat nasuha. Jika sepuluh tahun tinggal sembahyang dengan sengaja wajib qodar sepuluh tahun dan bertaubat. 
Dengan menunaikan sembahyang sunat taubat bukan bermakna kita sudah bertaubat. Taubat nasuha ada syarat-syaratnya. Kalau benar-benar bertaubat dan mati sebelum selesai qodar  Insya Allah tuhan terima taubat kita dan kita selamat.
Tinggal sembahyang fardu dengan tidak sengaja seperti terlupa atau tertidur dimaafkan, tetapi wajib qodar.

Ada kaul yang mengatakan sembahyang fardu tidak ada qodar, wajib bertaubat sahaja adalah kaul yang lemah. Mengikut kaul yang kuat sembahyang wajib qodar dan bertaubat.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment