Sunday, October 16, 2016

ORANG ADA SEMBAHYANG QODAR BOLEH SEMBAHYANG SUNAT


Mengikut hadis amalan yang paling afdal ialah sembahyang fardu dalam waktu yang diwajibkan.

Sembahyang fardu menjadi amalan pertama yang dihisabkan pada hari kiamat kelak sebagaimana disebutkan dalam hadis. Lepas itu baharulah dikira amalan-amalan lain.

Mengikut Imam Nawawi orang yang ada sembahyang qodar boleh sembahyang sunat kerana kekurangan dalam sembahyang fardu boleh ditampung oleh sembahyang sunat.
Sembahyang qodar pula menampung sembahyang fardu yang ditinggalkan. Pendapat yang mengatakan orang yang ada sembahyang qodar tidak boleh sembahyang sunat adalah pendapat yang daif dan tidak ada hadis yang menyokongnya. 

Dalam kitab-kitab imam Shafie yang lebih besar dan muktabar orang yang ada sembahyang kodar boleh menunaikan sembahyang sunat kerana kekurangan sembahyang fardu ditampung oleh sembahyang sunat.

Tinggal sembahyang fardu dengan sengaja tidak cukup sekadar qodar dan tidak cukup dengan sembahyang sunat taubat. Mereka wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Tinggal sembahyang dengan tidak sengaja dimaafkan tetapi wajib qodar.

Kita wajib bersembahyang sebagaimana nabi sembahyang yang diajar oleh malaikat Jibril. Sembahyang lain daripada apa yang nabi ajar adalah tidak sah.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment