Monday, October 17, 2016

WIRID LEPAS SEMBAHYANG

Zaman kita ini wirid lepas sembahyang secara ramai-ramai. Nabi tidak buat begitu. Zaman nabi wirid masing-masing kerana zaman itu ramai orang suka wirid. Zaman kita ini kalau wirid masing-masing lepas sembahyang tinggal imam seorang sahaja agaknya. Yang lain lari termasuk bilal.
Wirid ramai-ramai boleh menggalakkan orang membuat ibadat. Tetapi nabi tidak buat wirid ramai-ramai. Macam mana, bidaah ke? Ada bidaah yang direka dibatalkan oleh syarak dan ada bidaah yang diterima.
Ada perkara nabi tidak baca tetapi sahabat baca di belakang masa sembahyang –
Samiallah huliman hamidah rabbana  lakalhamd min assamawa tiwamin ard wamin ama syittamin syaiin ba’
Nabi tidak baca begitu tetapi sahabat baca di belakang. Sudah sembahyang nabi tanya siapa baca min assamawa tiwamin ard tadi? 
Jawab sahabat yang baca, “ Saya ya rasulullah”. 
Nabi kata, “Aku dengar malaikat berebut hendak catat pahala.”
Jadi ada perkara yang dibuat oleh ulamak diterima oleh syarak sebagai ibadat walau pun tidak dibuat oleh nabi.
-  KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment