Kisah di zaman nabi Musa.
Allah SWT memberitahu nabi Musa
bahawa ada seorang anak yang Allah Ta’ala pilih sebagai seorang anak ahli
syurga.
Lalu nabi Musa pun pergi ke suatu
tempat untuk melihat anak itu. Tidak ada satu kelebihan pun yang dibuat oleh
anak itu.
Cuma nabi Musa melihat anak itu
sedang memandikan seekor binatang. Ada riwayat mengatakan binatang itu ialah
khinzir. Nabi Musa berkata kepada anak itu, “Kenapa kamu memandikan binatang itu”
Jawab anak itu, “Yang saya
mandikan ini bukan binatang, sebenarnya emak dan bapa saya”
Di zaman nabi Musa ada banyak
kisah manusia ditukar menjadi binatang. Manusia pernah ditukar menjadi kera
kerana melanggar perintah Allah SWT.
“Binatang ini asalnya bapa saya
dan ibu saya yang telah ditukar menjadi binatang kerana emak dan ayahnya tidak
sembahyang”, kata anak itu lagi.
Ganjarannya ialah ahli syurga.
No comments:
Post a Comment