Ummi Habibah ialah isteri nabi. Nama
sebenar ialah Ramlah binti Abi Sufian RA. Ummi Habibah adalah gelarannya dan ia
termasuk di kalangan orang-orang yang awal masuk Islam. Ayahnya Abu Sufian
masuk Islam ketika pembukaan Mekah dan beliau menjadi pemimpin Mekah selepas
kematian Abu Jahal dalam peperangan Badar serta memimpin peperangan Uhud semasa
masih dalam keadaan kafir.
Ummi Habibah yang masuk Islam
dahulu daripada ayahnya berhijrah ke Habasah bersama dengan suaminya. Suaminya
tiba-tiba murtad dan nabi berkahwin dengan Ummi Habibah dengan berwakilkan raja
Habasah Najasyi.
Di sinilah nas boleh melakukan akad nikah dengan wakil. Beliau
terkenal dengan pendirian yang tegas dengan agama Islam.
Apabilan orang-orang musyrikin
Quraisy melanggar perjanjian Hudaibiyah, Abi Sufian yang rasa bersalah
mengambil keputusan pergi sendiri ke Madinah untuk berjumpa dengan nabi SAW. Sebelum
berjumpa dengan nabi beliau singgah dahulu di rumah anaknya, Ummi Habibah RH.
Ummi Habibah menyambutnya kerana Islam menyuruh menghormati ibu-bapa walaupun
masih kafir.
Di rumah Ummi Habibah apabila Abi
Sufian hendak duduk atas tikar anaknya menarik tikar itu seraya berkata, “Ayah
tidak layak duduk atas tikar yang diduduki oleh rasulullah SAW kerana ayah
masih musyrik, yang kafir, yang najis dan belum lagi masuk Islam”. Ini satu
sikap yang tegas dengan Islam walaupun ayah sendiri.
Kemudian Abi Sufian beredar
daripada rumah anaknya lalu pergi ke masjid untuk berjumpa dengan nabi. Sebelum
berjumpa nabi beliau berjumpa dengan Saidina Abu Bakar, tetapi tidak mendapatan
layanan. Berjumpa dengan Saidina Omar lagi tidak mendapat layanan. Beliau
mendapat layanan yang baik apabila berjumpa dengan Saidina Ali.
Abi Sufian tidak lupa peristiwa
itu selepas beliau masuk Islam
- KULIAH
YT
No comments:
Post a Comment