Monday, October 17, 2016

BATAL WUDU’ KHILAF


Menjadi perbincangan di kalangan ulama menyentuh isteri hilang air sembahyang atau pun tidak. Ulama mazhab Syafie mengatakan hilang air sembahyang tetapi ulama lain mengatakan tidak hilang.

Imam Syafie mengatakan hilang air sembahyang dengan berdalil kepada ayat al-Quran berikut:

Firman Allah Taala bermaksud. “Apabila kamu menyentuh perempuan hilang air sembahyang”. Mengikut Imam Safie menyentuh di sini ialah kulit dengan kulit, hilang air sembahyang. 

Mazhab lain kata tidak batal, menyentu di sini ialah bersetubuh antara lelaki dan perempuan baharu hilang air sembahyang. Sesetengah ulama mengatakan menyentuh dengan ada syahwat baharu hilang air sembahyang.

Ulama yang mengatakan menyentuh tidak hilang air sembahyang dikuatkan dengan hadis-hadis berikut:

1. Siti Aisyah mencari nabi tengah malam baik di rumah atau pun masjid. Apabila bertemu dilihat nabi tengah sujud sembahyang.  Oleh kerana lama sangat sujud Aisyah memegang tapak kaki nabi lalu nabi bergerak-gerak dan terus sembahyang. Sembahyangnya tidak batal. Peristiwa ini acap kali berlaku.

2. Dalam satu riwayat lain setelah mengambil air sembahyang Rasulullah mencium isterinya lalu pergi sembahyang di masjid. Ini menunjukkan menyentuk isteri tidak hilang air sembahyang.

3. Dalam satu riwayat lain pula sebelum masuk tidur nabi suruh ambil air sembahyang. Bermakna tidur dengan air sembahyang. Kalau menyentuh isteri batal air sembahyang fasal apa suruh ambil air sembahyang.

Dalam hal ini mazhab lain lebih kuat hujahnya daripada mazhab Shafie dengan berdasarkan hadis-hadis di atas.

Setelah diketahui dan yakin hujahnya bolehlah beramal dengan mazhab lain. Kalau tidak tahu dan tidak faham hujah pakailah mazhab Syafie.

Ketika tawaf di Mekah pengikut mazhab Syafie pergi mengambil air sembahyang apabila tersentuh dengan orang perempuan. 

Dalam bab ini Imam Nawawi, ulama dalam mazhab Syafie menyatakan tidak batal air sembahyang apabila tersentuh dengan orang perempuan. Kerana tawaf merupakan bala umum dan bila bala umum Allah maafkan.

- KULIAH YT

No comments:

Post a Comment