Monday, October 17, 2016

SEMBAHYANG SUNAT WUDU’



Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah RA
:
Nabi bersabda kepada Bilal pada satu hari dalam mimpi (mimpi nabi adalah wahyu) mendengar bunyi kasut Bilal dalam syurga. Nabi SWT bertanya kepada Bilal, “Apa amalan yang kamu lakukan sehingga aku mendengar bunyi kasut kamu dalam syurga?”. 

“Tidak ada apa amalan selain mendirikan sembahyang sunat selepas setiap kali mengambil hadas kecil dan besar”. Jawab Bilal.

Hadis ini menceritakan bahawa nabi SAW mengesahkan sahabatnya Bilal bin Robah masuk syurga.

Bilal ialah seorang hamba dan merupakan kalangan orang yang awal masuk Islam di Mekah. Sebaik-baik sahaja masuk Islam ia telah disiksa oleh tuannya dengan penyiksaan yang amat teruk. Pada masa itu Islam belum lagi berkuasa, nabi tidak berdaya membebaskannya daripada ditahan, dipukul dan dijemur di tengah panas sekian lama. 

Walau pun begitu Bilal tidak berganjak dengan keislamannya dan tetap berkata, “Ahadun, ahadun, ahadun Ahad”.

Saidina Abu Bakar yang ada wang masa itu membeli Bilal daripada tuannya dan Bilal dimerdekakan. Bilal dilantik menjadi muazin (tukang bang) oleh nabi SAW bersama dengan Abdullah Ibni Maktum, seorang sahabat yang buta.

Dalam perkara Ramadan nabi bersabda maksud, “Kamu boleh makan dan minum sehingga kamu mendengar azan daripada Abdullah Ibni Maktum”. 

Pada zaman nabi bang dua kali sebelum subuh. Bang yang pertama oleh Bilal dan kedua oleh Abdullah Ibni Maktum. Nabi berkata apabila Bilal bang boleh lagi makan sahur tetapi apabila Abdullah Ibni Maktum bang waktu subuh sudah masuk dan habislah waktu sahur. 

Abdullah Ibni Maktum tidak akan bang melainkan setelah diberitahu masuk waktu subuh.
Nabi akui amalan itu walau pun tidak pernah beramal. 

Hadis ialah amalan, percakapan dan apa yang dibuat oleh sahabat dan diiktiraf oleh nabi. Amalan sunat wudu’ adalah satu contoh hadis yang diakui oleh nabi.
-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment