Monday, October 17, 2016

SEMBAHYANG SUNAT GERHANA


Sembahyang sunat gerhana termasuk dalam sunah nabi SAW. 

Pada hari wafat Ibrahim, anak lelaki nabi SAW berlaku gerhana mata hari lalu orang bercakap-cakap berlaku gerhana mata hari kerana anak nabi wafat. Nabi pun berkhutbah mengatakan bahawa mata hari dan bulan adalah ayat-ayat Allah. Gerhana berlaku bukan kerana hidup atau mati seseorang. Gerhana berada di bawah kekuasaan Allah.

Apabila berlaku gerhana bulan atau mata hari maka bersembahyanglah kamu dua rakaat.
Lapaz niat: Sahaja aku sembahyang sunat gerhana mata hari dua rakaat kerana Allah Taala.

Cara sembahyang gerhana menjadi khilaf di kalangan ulama.

1.  Dua rakaat dan setiap rakaat satu rukuk dan dua sujud iaitu sama dengan sembahyang biasa.

2.  Dua rakaat dan tiap-tiap satu rakaat dua rukuk dan dua sujud
Boleh dibuat mana-mana cara.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment