Monday, October 17, 2016

SEMBAHYANG SUNAT TASBIH


Sembahyang ini dipanggil sembahyang tasbih kerana dalam sembahyang kita baca tasbih: Subhanallahi walhamdulillahi walaila haillalah huwallahuakbar. Wala haula wala kuwwatailla billah

Lapaz niat: Sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala
Afdal melakukannya setiap hari, atau seminggu sekali, sebulan sekali, setahun sekali atau sekali seumur hidup

Sembahyang tasbih boleh menghapuskan dosa kecil sekalipun sebanyak buih di laut termasuk dosa yang lama,

Sembahyang pada siang hari afdal dibuat empat rakaat dengan satu salam.  Pada malam hari afdal dibuat empat rakaat dengan dua salam.

Lapaz niat: Sahaja aku sembahyang sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala.
Cara sembahyang

Tasbih : Subhanallahi walhamdulillahi walaila haillalah huwallahuakbar. Wala haula wala kuwwatailla billah hilalil yilazim

1.  Pada rakaat pertama baca surah Izazulzilatil dan surah walaadiah pada rakaat kedua, surah Alkumutakthur pada rakaat ketiga dan Kulhuallah Ahad pada rakaat keempat.

2.  Pada rakaat pertama selepas membaca Fatihah baca tasbih sebanyak 15 dan selepas surah baca tasbih 10 kali.

3.  Baca 10 kali tasbih pada rukuk selepas membaca subha narabial azim

4.  Baca 10 kali tasbih pada tiap-tiap iktidal

5.  Baca 10 kali tasbih pada sujud pertama selepas membaca subha narabbial a’la

6.  Baca 10 kali tasbih pada tiap-tiap duduk antara dua sujud

7.  Baca 10 kali tasbih pada sujud kedua selepas membaca subha narabbial a’la

Setiap rakaat tasbih dibaca sebanyak 75 kali dan empat rakaat jumlah tasbih 300 kali .
Bilangan tasbih boleh dihitung dengan jari dan kalau ada kekurangn di mana-mana bahagian boleh diganti di bahagian lain.

Masa diperlukan lebih kurang setengah jam.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment