Monday, October 17, 2016

SUJUD SYUKUR



Hadis riwayat Abu Daud dari Saat bin Abu Waqaf
Hadis ini menunjukkan sunat sujud syukur apabila mendapat nikmat untuk diri kita dan juga orang lain.   
Apabila tertolak daripada bala seperti selamat daripada kemalangan dan sembuh penyakit disunatkan sujud syukur. 

Sujud syukur macam sujud tilawah iatu satu sujud sahaja bukan sembahyang. Caranya ialah “Allah akbar dan terus sujud”. Disunatkan memanjangkan sujud. Oleh kerana bukan sembahyang ada ulama mengatakan tidak perlu ada air sembahyang, tetapi sebaik-baiknya biarlah ada air sembahyang.

Dalam hadis nabi memberitahu bahawa dia mengangkat tangan untuk berdoa. Ini nasnya boleh angkat tangan hingga setentang dengan bahu apabila berdoa. Angkat tangan masa berdoa adalah sunat.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment