Sunday, October 16, 2016

JAWAB AZAN/BANG DAN IKOMAH/KOMAT


Hadis riwayat Muslim maksudnya, “Dan dari Abdullah bin Amar bin Alaz RA bahawa ia telah mendengar Rasulullah SAW bersabda apabila kamu mendengar seruan azan/bang maka katalah seumpama apa yang dikatakan kemudian bersalawat kepadaku maka 

sesungguhnya sesiapa yang bersalawat kepadaku satu salawat nescaya Allah bersalawat kepadanya dengan sebabnya sepuluh salawat, kemudian minta kepada Allah supaya dikurniakan kepadaku akan alwasilah maka sesungguh alwasilah itu ialah satu kedudukan di dalam syurga yang tidak saigia melainkan kepada seorang hamba di kalangan 
 hamba-hamba Allah dan aku berharap bahawa akulah dia maka sesiapa yang meminta kepada Allah dikurniakan kepadaku alwasilah nescaya wajiblah baginya mendapat safaatku”.

Hadis menunjukkan apabila mendengar azan hendaklah menjawab sebagaimana yang diucapkan oleh muazin. 

Ada ulama apabila tiba pada HAYYA ALASSYALAH dan HAYYA ALALFALAF jawab LA HAULA WALA KUWWATA ILLA BILLAH HILALIYYIL AZIM. Inilah yang kita lazim baca di samping mendapat berbagai riwayat.

Selesai bang sunat salawat kepada nabi dahulu ALLAH HUMMASAI LIALA MUHAMAD sekurang-kurangnya baharulah baca doa azan iaitu “. ALLAH HUMMARABBAHA ZIHIDDA’  WATITTA MAH WASSOLA TILKAIMAH AATI MUHAMADIL WASILATA WALFADILAH WABASMAKAMAM MAHMU DANILLAZI WAATTAH INNAKALA TAKHLIFUL MIIAAD

Barang siapa melakukan demikian nescaya WAJIB MENDAPAT SYAFAAT NABI PADA HARI KIAMAT kelak. Ini kelebihan menjawab bang dan kelebihan mendoa bang.

Hadis muttafakun alaih dari Abi Said Alkhudri RH bermaksud, “Rasulullah SAW bersabda apabila kamu mendengar seruan azan dan iqomah maka kata sebagaimana yang dikatakan oleh muazin maka mendapat kelebihan yang tersebut”. Hadis ini pendek.

Hadis riwayat Bukhari dari Jabir RA bermaksud, “Rasulullah SAW bersabda sesiapa yang  berkata apabila mendengar seruan azan. ALLAH HUMMARABBAHA ZIHIDDA’  WATITTA MAH WASSOLA TILKAIMAH AATI MUHAMADIL WASILATA WALFADILAH WABASMAKAMAM MAHMU DANILLAZI WAATTAH, nescaya wajib baginya mendapat safaat aku pada hari kiamat”. Ada riwayat INNAKALA TAKHLIFUL MIIAAD” sebagai tambahan.

Allah SWT mengizinkan nabi Muhamad SAW memberi syafaat kepada hambanya, iaitu menarik keluar hambanya daripada api neraka dan dapat masuk syurga.

Mengikut hadis antara waktu diperkenankan doa ialah antara bang dan iqomah, maka eloklah kita berdoa dicelah itu selepas sembahyang sunat rowatib.

Oleh kerana besar fadilatnya jangan membuat sambil lewa apabila mendengar azan dan iqomah.

- KULIAH YT

No comments:

Post a Comment