Monday, October 17, 2016

KEUTAMAAN BERSALAWAT PADA HARI JUMAAT




✅ Rasulullah s.a.w bersabda:


"Sesungguhnya hari yang paling afdhal dari hari-hari yang lain ialah hari JUMAAT.

Maka perbanyakkanlah BERSALAWAT kepadaku pada hari itu kerana bacaan selawat tersebut akan dihidangkan (disampaikan) kepadaku."  (Riwayat Abi Daud)


✅ Dari  Abu Mas'ud Al badri r.a katanya, ketika kami berada di dalam satu majlis, tiba-tiba Rasulullah s.a.w datang menemui kami.


Maka bertanyalah Basyir bin Sa'ad:

"Kami telah diperintahkan oleh Allah untuk mengucapkan SALAWAT kepadamu Ya Rasulullah.


Tetapi bagaimanakah cara untuk bersalawat itu?"

Rasulullah terdiam seketika, sehingga kami merasa khuatir kalua-kalau pertanyaan itu adalah satu kesalahan. Tetapi kemudian Baginda bersabda: "Bacalah

ALLAHUMMA SOLLI 'ALA MUHAMMAD WA ALA AALI MUHAMMAD KAMA SOLLAITA ALAA  AALI IBRAHIM

WABARIK ALA MUHAMMAD WA ALAA ALI MUHAMMAD KAMA BAARAKTA ALA AALI IBRAHIM INNAKA HAMIIDUM MAJID. (Riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment