Pada suatu hari nabi SAW berkata
kepada puteri kesayangannya , Fatimah, “Ada seorang wanita yang tinggal di hujung
kota Madinah ini, dialah yang mula-mula sekali masuk syurga”.
Bila mendengar demikian Fatimah
rasa terkejut sebab selama ini nabi memberitahu dia ratu dalam syurga dan dia wanita
pertama yang masuk syurga. Tiba-tiba ada lagi wanita lain.
“Hebatnya wanita ini. Bagaimana
dia mendapat penghormatan yang tinggi”, fikir Fatimah.
Untuk mengetahui kehebatan wanita
itu Fatimah tidak membuang masa lalu pergi ke rumahnya.
Bila tiba di rumah, dia mengetuk
pintu rumah dan memberi salam. Wanita itu menjawab salam tetapi tidak benar
masuk. “Minta maaf, saya tidak boleh benar kamu masuk kerana saya belum mendapat
keiizinan daripada suami saya. Saya akan minta izin daripada suami saya
terlebih dahulu. Minta maaflah, besoklah datang semula”, kata wanita itu kepada
Fatimah.
Esok Fatimah datang lagi ke rumah
wanita itu. Kali ini dia membawa anaknya, Hasan dan Husin. Sekali lagi wanita
itu tidak membenar Fatimah masuk kerana dia minta izin suaminya seorang sahaja.
Dia minta maaf banyak-banyak kepada Fatimah dan menyuruh datang lagi esok.
Hari ketiga Fatimah datang
seorang diri dan diizinkan masuk ke dalam rumah. Bila masuk sahaja mulutnya
ashik minta maaf sahaja, “Minta maaf banyak-banyaklah wahai Fatimah, hari
ketiga baharu boleh masuk ke dalam rumah saya. Sebenarnya saya tidak pernah
abai tanggungjawab saya terhadap suami, saya tidak pernah melanggar perintah
suami saya dan saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi isteri yang
solih”.
Wanita itu miskin. Miskin harta
tetapi kaya budi bahasa. Sentiasa senyum dan sebelum ke dapur untuk membawa
makanan dan minuman dia mengucapkan perkataan maaf.
Selepas melayan Fatimah dengan
baik, dia meminta izin untuk pergi ke dapur dan membawa keluar segelas air dan
sepiring kuih. Kemudian dia mengambil sebatang tongkat dan meletakkannya di
tepi pintu.
Sekali lagi dia meminta izin
untuk masuk ke dalam bilik. Dia keluar dari bilik dengan pakaian yang
meghairahkan, rambut mendandan, dengan wangi yang harum semerbak lalu pergi di
tepi pintu dan memegang tongkat serta terus duduk di tepi pintu.
Fatimah hairan dengan gelagat
wanita itu lalu bertanya kerana gelagatnya tiba-tiba berubah, “Apa dah jadi
kepada kamu, pakain cantik, wangi semerbak, kepala pula tidak bertundung dan
berdiri di tepi pintu memegang tongkat. Apa pula kaitan dengan segelas air dan sepiring
kuih dan kenapa pula mendedahkan aurat kamu di tepi pintu?”
Jawab wanita itu, “Sebentar lagi
suami saya akan balik”.
“Kalau suami kamu hendak balik,
apa kena dengan tongkat, pakaian kamu, gelas air dan kuih ini?” tanya Fatimah
kepada wanita itu.
Kata wanita itu, “Air segelas ini
akan saya beri kepada suami saya, suami saya terus dapat meminum air jika dia
dahaga dan kalau dia lapar dia dapat makan kuih itu. Tongkat ini pula saya akan
beri kepada suami saya untuk memukul saya jika dia tidak berpuas hati dengan
layanan saya”.
Fatimah bertanya kepada wanita
itu, “Pernahkah suami memukul kamu?”
Suami tidak pernah memukul saya
sebab saya selalu memaparkan imej yang menarik. Suami bukan menarik tongkat
tetapi menarik saya ke dalam bilik.
Itulah kualiti wanita ahli
syurga. Justeru itu pandai-pandailah mengikat hati suami masing-masing supaya
suami redha dan seterusnya dapat memasuki syurga.
No comments:
Post a Comment