Ulama
fekah mensenaraikan lima jenis nusyus. Isteri tidak dapat cium bau syurga
seandainya mereka melakukan kelima-lima bentuk penderhakaan kepada suami
mereka.
1. Isteri
menolak permintaan suami supaya berhias untuknya.
2.
Isteri menolak pelawaan suami untuk tidur bersama.
3. Isteri
keluar dari rumah tanpa izin suaminya.
4.
Isteri meninggalkan perkara-perkara yang diwajibkan. Contoh, tidak solat dan
tidak tutup aurat.
5.
Isteri yang meninggikan suara kepada suaminya atau isteri yang enggan menurut
kemahuan suaminya ataupun isteri yang tidak mahu menunaikan hajat suaminya.
Ulama fekah mengatakan jenis kelima ini merupakan apa-apa bentuk bantahan.
Mengenai
nusyuz ini ada satu kisah di zaman Rasulullah SAW.
Pada
suatu hari Saidatina Fatimah RA entah macam mana terkasar sedikit dengan
suaminya, Saidina Ali, sama ada kata-kata atau tingkah laku Fatimah menyebabkan
muka Saidina Ali berubah.
Bila
muka Saidina Ali berubah Fatimah sedar yang dia derhaka kepada suaminya.
Bagaimana hendak minta ampun dengan suaminya yang sedang duduk. Fatimah towaf
dan berpusing dalam riwayat mengatakan sampai tujuh puluh kali sambil berkata
“maafkanlah saya”. Fatimah berpusing-pusing sampai Saidina Ali senyum.
Bila senyum itu
maknanya Saidina Ali telah
memaafkan kesalahan isterinya.
Peristiwa
itu diceritakan kepada Rasulullah SAW dan
Rasulullah berkata, “Seandainya Ali tidak memaafkan kesalahan kamu saya tidak
solatkan jenazah kamu apabila kamu meninggal dunia”
Daripada ucapan nabi SAW kepada
puteri kesayangannya, Fatimah RA, jelas menunjukkan bahawa ketaatan isteri
kepada suami tersangat penting untuk mendapat tiket masuk syurga.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment