Satu peristiwa pernah berlaku di
zaman Rasulullah SAW. Ada seorang sahabat namanya Owes Alkharni, seorang nama
besar dalam sejarah Islam. Owes Alkharni tidak sempat berjumpa dengan nabi
sebab dia duduk jauh dari Kota Madinah. Dia minta izin dengan emaknya hendak
pergi ke Madinah untuk belajar dengan nabi.
Emaknya berkata, “Aku sudah tua,
jaga emak sudahlah”. Dia tidak pergi kerana emaknya tidak izin.
Tahun kedua dia minta izin lagi
dengan emaknya. Tetapi emaknya tidak juga mengizinkannya. Dia tetap sabar dan
tidak pergi ke Madinah.
Tahun ketiga dia minta izin
dengan emaknya untuk ke Madinah belajar agama dengan nabi Muhamad. Emaknya
berkata bahawa kamu bersungguh benar hendak pergi belajar dengan nabi di
Madinah, baiklah kita pergi bersama-sama. Gembira Owez mendengar cakap emaknya
yang juga hendak ikut pergi ke Madinah.
Dari Yaman mereka berdua naik
unta dan singgah di Mekah untuk berehat. Dari Mekah mereka menuju ke Madinah
juga dengan manaiki unta. Di tengah perjalanan unta mengalami masalah. Unta
sakit dan tidak boleh berjalan lagi. Owez memberitahu ibunya kita terpaksa
berjalan kaki ke Madimah ini. Emaknya berkata, “Emak sudah tua mana layak
berjalan kaki”
Apa kata Owez. “Emak duduk di
belakang, saya pikul emak’.
Dia memikul emaknya dari Mekah ke
Madinah. Di tengah jalan emaknya berkata, “Tidak apalah nak, emak sudah tidak
larat duduk di belakang kamu, turunlah di sini”.
Emaknya duduk dan meninggal di
padang pasir di tengah-tengah perjalanan antara Mekah dan Madinah. Sedih Owez
Alkharni kerana tidak dapat membawa emaknya berjumpa dengan nabi Muhamad SAW.
Setelah mayat ibunya dikebumikan
Owez terus perjalanan ke Madinah. Sampai di Madinah dia memberitahu kepada orang
di situ bahawa dia hendak berjumpa dengan Rasulullah SAW. Orang Madinah
berkerumun dan memandang kepadanya dengan pendangan luar biasa. Salah seorang
daripada mereka berkata, “Wahai anak muda, kamu ini siapa?” “Saya in Owez Alkharni, saya datang dari kampung
untuk berjumpa dengan nabi”, Jawab anak muda itu.
Orang ramai tunduk, “Tahukah kamu
bahawa Rasulullah SAW baharu sahaja meninggal dunia semalam”, kata salah
seorang daripada mereka.
Menitis air mata Alkharni, sedih.
“Apalah hendak jadi nasib saya, tiga tahun saya menunggu hendak berjumpa dengan
nabi dan belajar agama dengan nabi, tetapi tidak dapat. Hari ini saya mendapat
berita sedih lagi, iaitu nabi pula meninggal. Sudahlah di dalam perjalanan emak
saya meninggal. Ya Allah apa hendak jadi kepada nasib saya”.
Dalam keadaan kelam kabut
demikian rupa datang Saidina Omar dan Saidina Ali lalu bertanya mengapa kelam
kabut. Lalu orang ramai menjawab, “Ada seorang anak muda menangis kerana tidak
sempat berjumpa nabi”.
Saidina Omar pun bertanya, “Wahai
anak muda, siapa nama kamu?” “Nama saya
Owez Alkharni”, jawab Owez.
Omar pun terdiam, “Kalau begitu
kamulah yang pernah disebut oleh Rasulullah dulu”. Nabi memberitahu kalau
berjumpa dengan anak muda bernama Owez Alkharni maka mintalah doa daripada dia
kerana kata nabi kamu tidak akan tahu daripada mana doa itu datang, sebab Owez
ialah seorang pemuda yang baik.
Lalu Omar berkata, “Wahai Owez,
doakan, nabi suruh doakan saya”.
Owez terkejut, bayangkan orang
kampung berada dalam ramai orang alim dan ulama, tiba-tiba disuruh berdoa
untuknya. Owez berkata tuan ini sahabat, orang hebat, takkan orang kampung
hendak berdoa untuk tuan.
Kata Saidina Omar, “Wahai Owez
kamu tidak dikenali penduduk di bumi, tetapi nama kamu harum di kalangan
penduduk langit kerana kamu menjaga emak kamu bersungguh-sungguh. Nama kamu
diangkat oleh Allah, dan seluruh penduduk langit kenal akan kamu wahai Owez”.
Bayangkan menjaga emak sahaja,
namanya harum di kalangan penduduk langit. Masaa Allah. Oleh itu dalam
persoalan ini kita kena berusaha bersungguh-sungguh menjaga emak kita.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment