Kisah seorang wanita bernama
Fatimah yang dikatakan oleh ayahnya pekak, bisu dan lumpuh. Ceritanya bermula
dengan seorang pemuda bernama Abu Solih.
Pada suatu hari Abu Solih dalam
perjalanan musafir, dia singgah di tepi sungai untuk minum air. Di sungai dia
dapati ada beberapa biji huah epal yang dihanyutkan oleh air sungai. Dia
mengambil buah epal itu dan menggigitnya. Dia memakan separuh buah epal, baharu
dia teringat buah epal siapalah dia makan ini.
Dia berjalan di tepi sungai untuk
mencari tuan punya epal dan meminta maaf. Sampai dihujung sungai dia nampak ada
sebuah pondok kecil yang dikelilingi dengan pokok-pokok epal. Apabila tiba di
rumah itu dia memberi salam kepada tuan rumah yang bernama Abdullah dan
bertanya, “Adakah buah epal yang hanyut dalam sungai ini datang dari ladang
epal milik tuan?”
Jawab pak cik, “Betul nak! Buah
epal yang hanyut dalam sungai itu adalah dari ladang ini. Kenapa?”
“Saya sudah makan separuh buah
epal yang saya ambil dalam sungai, saya hendak minta pak cik halal kesilapan
saya sebab saya takut kerana buah epal ini saya akan dicampak ke dalam neraka
di akhirat kelak”, rayuan Abu Solih kepada pak cik.
“Baiklah! Kalau kamu hendak saya
halalkan, ada syarat-syaratnya yang kamu mesti tunaikan”, jawab pak cik itu
“Apa-apa syarat saya akan patuh
asalkan pak cik halal sahaja kesalahan saya”, kata Abu Solih kepada pak cik.
“Kamu kena kerja di ladang pak
cik ini selama dua belas tahun”, pak cik memberitahu kepada Abu Solih.
“Tidak mengapakalah pak cik saya
sanggup bekerja di ladang pak cik selama dua belas tahun asalkan pak cik
maafkan dosa saya”, kata Abu Solih.
Abu Solih bekerja dengan baik,
rajin dan bersungguh-sungguh menyebabkan pak cik rasa kagum. Bila tamat tempuh
dua belas tahun, dia meminta izin dengan pak cik untuk balik ke kampung halamannya.
Pak cik
berkata, “Tunggu dulu, kamu belum habis lagi syaratnya”.
“Ya Allah ya
tuhanku apa lagi syaratnya”, fikir Abu Solih.
“Syarat
kedua ialah kamu kena kahwin dengan anak aku”, kata pak cik
Bila sebut
kahwin Abu Solih berasa seronok.
“Tetapi anak
aku ini pekak telinganya, buta matanya, bisu mulutnya, kudung tangannya dan
kudung kakinya”, pak cik memberitahu kepada Abu Solih.
“Baiklah pak cik! Saya sanggup
berkahwin dengan anak pak cik yang semacam itu asalkan kesalahan saya pak cik
maafkan”, jawab Abu Solih.
Sebagaimana biasa lepas kahwin,
suami akan masuk bilik berjumpa dengan isteri. Dia mengetuk pintu bilik dan
memberi salam. Isterinya menjawab salam sambil membuka pintu bilik. Dia masuk
dan terus duduk di atas katil dan matanya memandang ke sana sini.
“Cari apa?” tanya isterinya.
“Cari isteri saya yang menjawab
salam tadi”, jawabnya.
“Sayalah isteri kamu dan sayalah
yang menjawab salam itu”, kata isterinya.
Selepas mendengar ucapan itu dia
terus bergegas keluar dari bilik menemui bapa mertuanya. “Wahai ayah, ayah
tersilap orang, ayah kata anak ayah bisu, pekak, buta dan kudung tangan serta
kaki. Perempuan itu elok sifatnya dan merdu suaranya”.
Ayahnya senyum lalu memberitahu,
“Perempuan itu betullah isteri kamu.”
Ayah kata matanya buta sebab dia
tidak pernah melihat apa-apa yang dilarang oleh Allah SWT.
Ayah kata telinganya pekak sebab
telinganya mendengar hanya perkataan yang baik-baik dan kalam Allah SWT.
Ayah kata mulutnya bisu sebab dia
tidak pernah bercakap perkara-perkara yang buruk, tidak pernah bercakap perkara
yang keji.
Ayah kata tangannya kudung kerana
dia tidak pernah melakukan kemaksiatan kepada Allah SWT.
Ayah kata kakinya kudung sebab
kakinya tidak pernah melangkah ke tempat-tempat yang sunyi dan gelap gelita
untuk melakukan perbuatan yang keji. Itulah isteri kamu”
Berkat perkahwinan dua merpati
ini lahirlah beberapa orang zuriat. Antara zuriatnya ialah seorang wali Allah
yang tersohor iaitu Shiekh Abdul Kadir al-Jailani.
KULIAH YT
No comments:
Post a Comment