Sunday, October 16, 2016

SEMBAHYANG TAHIYATUL MASJID


Makruh duduk sebelum sembahyang dua rakaat pada mana-mana waktu di dalam masjid sama ada sembahyang sunat dua rakaat dengan niat tahiyatul masjid, atau sembahyang fardu atau sunat rowatib atau lain-lain.

Apabila kita masuk masjid sembahyang Jemaah sudah selesai, kita terus sembahyang fardu boleh juga pahala tahiyatul masjid.

Kita masuk masjid selepas selesai azan, kita terus sembahyang sunat rowatib dan dapat juga pahala tahiyatul masjid.

Kita masuk masjid dan terus sembahyang qodar boleh juga pahala tahiyatul masjid.
Masuk masjid terus sembahyang sunat wuduk boleh juga kelebihan tahiyatul masjid.
Masuk masjid terus ikut sembahyang Jemaah boleh juga pahala tahiyatul masjid
Jika masuk masjid dan bercakap-cakap tiada lagi sembahyang sunat tahiyatul masjid.

Hadis

1.  Hadis muttafakun alaih maksudnya, “Dan dari Abi Kotadah RH katanya, sabda rasulullah SAW apabila masuk dalam masjid jangan duduk sehingga bersembahyang dua rakaat” Ini adalah suruhan sunat kerana sembahyang ini tidak disebut dalam Quran secara totak.

2.  Hadis muttafakun alaih daripada Jabir RH katanya, “Aku telah datang mengadap nabi SAW dalam masjid lalu dia berkata sembahyang dua rakaat”. Sembahyang di sini ialah sembahyang tahiyatul masjid sebelum duduk.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment