Tuesday, October 18, 2016

TIPU YANG DIHARAMKAN

Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang beriman lelaki dan orang-orang yang beriman perempuan dengan lain dari apa yang sebenarnya mereka lakukan maka sesungguhnya orang-orang itu telah melakukan pembohongan dan dosa yang nyata”

Barang siapa yang menyakiti orang beriman lelaki dan perempuan termasuklah menipu supaya orang ikut dia, supaya orang dengar cakap dia maka orang itu telah melakukan pembohongan dan dosa yang sangat besar.

Dalam jual beli sebagai contoh, barang tidak asli dikata asli, barang lama dikatakan barang baru. Ini adalah antara penipuan dalam jual beli.

Penipuan banyak dan selalu berlaku dalam kes perkongsian. Maklumat atau fakta sebenar disembunyikan. Ini mewujudkan perasaan tamak dan mengakibatkan agihan keuntungan akan dibuat secara tidak telus atau tidak adil.

Bagaimana agihan keuntungan atau perjanjian perkongsian perlu dibuat?

Ia mesti dibuat secara bertulis lebih awal dan bukannya di saat projek hendak menghasilkan kejayaan.

Perjanjian perkongsian boleh dibuat secara adil berdasarkan nisbah sumbangan modal atau yang boleh dipersetujui atau diredhai oleh semua pihak yang terbabit.

Sebarang agihan keuntungan yang tidak telus dan tidak adil boleh menyakiti ahli kongsi yang terlibat dikira menipu dan merupakan dosa. Wang diperolehi cara penipuan adalah tidak berkat dan menjadi umpan api neraka.

Apa yang kita cakap, apa yang kita buat dan apa yang tersirat dalam hati kita semuanya dicatat oleh malaikat yang bertugas dan akan dibicarakan di akhirat nanti.
Oleh itu kita hendaklah cermat dan adil, telus dan benar dalam tindak tanduk kita dengan orang sekalipun dengan orang kafir.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment