Sunday, October 16, 2016

SEMBAHYANG DHUHA

Sembahyang sunat dhuha ialah sembahyang pagi bermula naik mata hari sekadar lima hasta sehinggalah setengah jam sebelum zuhur.

Lapaz niat: Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat dhuha kerana Allah Taala

1.  Hadis riwayat Bukhari dan Muslim menyatakan Rasulullah menasihat Abu Hurairah supaya jangan tinggal sembahyang sunat dhuha.

2.  Hadis riwayat Muslim dari Abu Zar RA, “Sabda Rasulullah SAW berpagilah setiap sendi di kalangan kamu boleh melakukan amal kebajikan yang diberi pahala sedekah. Tiap-tiap satu tasbih ada pahala sedekah, tiap-tiap stu tahmid diberi pahala sedekah, tiap-tiap tahlil diberi pahala dan tiap-tiap takbir diberi pahala sedekah, menyuruh kepada yang baik diberi pahala sedekah, mencegah kemungkaran diberi pahala sedekah dan memadai daripada itu dua rakaat sembahyang yang dirukukkan keduanya daripada sembahyang sunat dhuha”

Hadis itu menunjukkan kelebihan sembahyang dhuha yang diberi pahala besar oleh Allah SWT.

3.  Hadis riwayat Muslim daripadas Aisyah RA katanya, “Rasulullah SAW bersembahyang dhuha empat rakaat dan menambah lebih lagi daripada apa dikehendaki oleh Allah SWT”.
Ada lagi hadis menyatakan nabi sembahyang dhuha sebanyak-banyaknya empat rakaat dan tidak digalakkan lebih daripada dua belas rakaat.

4.  Hadis muttafakun alaih, “Selepas mandi Rasulullah sembahyang sunat dhuha lapan rakaat”.

5.  Hadis riwayat Muslim, “Rasulullah SAW bersabda bahawa sembahyang dhuha ketika anak unta dalam keadaan kepanasan”

Hadis ini menunjukkan afdal sembahyang dhuha apabila ada panas, jangan awal sangat.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment