Sunday, October 16, 2016

SEMBAHYANG TAHAJJUD



Lapaz niat: Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat tahajjud kerana Allah Taala

1.  Hadis riwayat Muslim daripada Abi Hurairah RA, “Apabila  bangun seseorang kamu di waktu malam hendaklah membuka sembahyang dua rakaat yang ringan”

2.  Hadis riwayat Muslim daripada Aisyah,  “Rasulullah SAW apabila bangun di waktu malam membuka sembahyangnya dua rakaat dengan ringan”

Kedua-dua hadis itu mengajar kita melakukan sembahyang malam bermula dengan ringan atau pendek dahulu kemudian diikuti dengan yang lebih panjang.  Hadis pertama di atas menunjukkan suruhan dan yang kedua amalan rasulullah SAW.

3.  Hadis riwayat Muslim daripada Aisyah, “Rasulullah SAW bersabda apabila tertinggal sembahyang malam kerana sakit dan lainnya ia bersembahyang siang hari sebanyak dua belas rakaat”

Hadis menunjukkan nabi SAW mengqodar sembahyang malam yang menjadi amalannya.

4.  Hadis “Apabila seorang suami mengejutkan isterinya atau isteri mengejut suaminya di waktu malam lalu bersembahyang atau bersembahyang bersama dua rakaat maka ditulis untuk mereka termasuk di kalangan ‘azzakirin dan azzakirat’

Firman Allah Taala bermaksud, ”Dan orang-orang lelaki yang ingatkan Allah dan orang-orang perempuan yang ingatkan Allah,  Allah SWT menyediakan mereka keampunan dan pahala yang sangat besar”.

5.  Allah SWT memerintah nabi supaya bangun waktu malam dan bersembahyang tahajjud untuk dapat maqam yang terpuji di sisi Allah SWT.

Betapa besarnya fadilat tahajjud ini Allah memerintah nabi mengerjakannya.

6.  Hadis muttafakun alaih daripada Aisyah RA, “Nabi SAW bersembahyang waktu malam sehingga pecah-pecah kakinya….,.. kerana hendak menjadi orang banyak bersyukur kepada Allah SWT”

7.  Hadis muttafakun alaih daripada Ali RA, “ Nabi SAW membangunkan Ali dan Fatimah anaknya dan bersabda, “tidakkah kamu berdua bersembahyang”.  Di sini menunjukkan bahawa nabi berusaha supaya orang yang dikasihinya mendapat kelebihan daripada Allah SWT dengan mendirikan sembahyang tahajjud

8.  Hadis muttafakun alaih daripada Salim bin Abdullah, “Rasulullah SAW  bersabda sebaik-baik orang ialah Abdullah kalau sekiranya dia bersembahyang di waktu malam, kata Salim, Abdullah lepas itu tidak tidur malam melainkan sedikit sahaja”.

9.  Hadis muttafakun alaih, “Nabi SAW bersabda jangan jadi seperti sianu bangun malam tetapi tidak bersembahyang tahajjud”

10. Mengikut hadis solat sunat tahajjud adalah solat sunat terbaik kerana kesungguhan dan keikhlasasn yang tinggi bagi orang yang mengerjakan ibadat kepada Allah

11. Mengikut hadis, “Salah satu cara untuk mendekati Allah ialah perbanyakan melakukan qiamullail”

12.  Hadis diriwayatkan oleh Iman Tabrani, “Rasulullah SAW bersabda di dalam syurga ada beberapa bilik yang dapat dilihat daripada luar dan dapat melihat daripada bilik itu apa yang ada di luar. Bilik itu untuk mereka yang berbicara dengan perkataan yang elok yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat sekitarnya, memberi makan kepada orang-orang yang memerlukan dan kepada orang mengerjakan qiamullail.

Salah satu amalan qiamullail ialah bangun tengah malam dan mengerjakan sembahyang sunat tahajjud.

Kita berdoa kepada Allah semoga kita termasuk orang yang rajin mengerjakan solat sunat tahajjud.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment