Sunday, October 16, 2016

SEMBAHYANG HAJAT


Lapaz niat: Sahaja aku sembahyang dua rakaat sunat hajat kerana Allah Taala

1.  Solat hajat dibuat apabila ada hajat yang besar seperti naik rumah, minta lulus periksa, minta berjaya projek, hendak pergi Mekah dll.
Mengikut hadis:

2.  Rakaat pertama lepas Fatihah baca surah Kulya Aiyuhalkafirun

3.  Rakaat kedua lepas Fatihah baca Kulhuallah Ahad.

Bacaan pelbagai surah seperti surah Kulya dibaca banyak-banyak kali adalah tambahan dibuat oleh para ulama. Nabi ajar ringkas sahaja.

Ada ulama mengatakan sembahyang hajat boleh dilakukan secara berjemaah apabila berlaku  perkara-perkara umum terhadap umat Islam.

Doa hajat boleh dibaca:

1.  dalam sembahyang iaitu masa sujud dan tahyat akhir. Doa masa sembahyang mestilah dalam bahasa Arab. Doa dalam bahasa lain batal sembahyang kecuali dibaca dalam hati.

2. selepas solat dan sesudah istigfar dan salawat banyak-banyak

3. kedua-dua sekali – dalam sembahyang dan selepas sembahyang kerana Allah tidak murka kita berdoa acap kali.

Sembahyang hendaklah dibuat dengan sempurna, jaga bacaan dan tomakninah terutama masa rukuk dan sujud. Doa juga mesti dibuat dengan sempurna. Mesti hadir hati kepada Allah, merayu dan sebutan mestilah jelas. Mengikut hadis sunat mengangkat tangan semasa berdoa.

-  KULIAH YT

No comments:

Post a Comment