Sunday, October 16, 2016

KELEBIHAN ORANG SEMBAHYANG SUNAT 12 RAKAAT SATU HARI



Hadis riwayat Muslim bermaksud, “Dari Ummi Habibah (isteri nabi SAW) katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, tiada di kalangan hamba yang Islam yang bersembahyang kerana Allah SWT pada tiap-tiap hari sembahyang 12 rakaat sunat lain daripada sembahyang fardu melainkan baginya Allah membina sebuah rumah/mahligai di syurga”

Hadis di atas diriwayatkan oleh Ummi Habibah, isteri nabi. Al-Quran menegaskan bahawa isteri-isteri nabi adalah ibu kepada semua orang mukmin. Selepas wafat Rasulullah SAW diharamkan berkahwin dengan mereka sebagaimana diharamkan berkahwin dengan ibu sendiri.

Hadis menunjukkan kelebihan orang sembahyang sunat 12 rakaat satu hari. 12 rakaat ini sama ada sunat rowatib sahaja atau pun dicampur dengan sunat dhuha, asalkan jumlahnya 12 rakaat satu hari diberi ganjaran sebuah mahligai di syurga. 

Di samping sembahyang sunat menampung kekurangan sembahyang fardu Allah SWT memberi ganjaran sebuah mahligai pula di syurga. 

Kiranya hari-hari dibuat sembahyang sunat 12 rakaat maka hari-hari dapat mahligai di syurga. Satu tawaran yang cukup hebat bagi orang beriman.

- KULIAH YT

No comments:

Post a Comment