Thursday, November 17, 2016

DOA YANG BAIK



RABBANA AATINA FITDUNYA HASANAH WAFIL AAKHIRATI HASANATAU WAKINA AZABANNAR

(Wahai tuhan kami kurniakanlah kepada kami di dunia ini baik dan di akhirat baik dan peliharakanlah kami dari azab neraka)

Ini doa yang paling baik yang diajar oleh Allah Ta’ala dalam Quran.

Apa dia baik di dunia?

Sihat tubuh badan, rezeki cukup, ada rumah tempat tinggal, ada kenderaan dan sebagainya. Dalam masa yang sama dunia menjadi jambatan untuk pergi ke akhirat. Ada ulamak mengatakan barangsiapa yang bersyukur di atas nikmat yang diberi oleh Allah dan sabar di atas bala yang menimpa, redha dengan kadar takdir Allah maka mereka mendapat kelebihan di sisi Allah.

Disunatkan kepada orang sakit membanyakkan doa ini kerana fadilatnya sangat besar.

Para ulamak tidak meninggalkan doa ini. Doa ini adalah ayat Quran. Oleh itu dijadikan bacaan dalam sembahyang lepas Fatihah tidak salah. Dijadikan doa masa sujud dan tahyat akhir tidak salah.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment