Thursday, November 17, 2016

HIZBULLAH (PARTI ALLAH)



Sifat Hizbullah iaitu parti Allah atau golongan yang menegak agama Allah s.w.t. yang lahir apabila berlaku penyelewengan di kalangaan manusia terutamanya penyelewengan di kalangan umat Islam.

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Maidah: “Wahai orang-orang yang beriman sesiapa yang menyeleweng daripada agamanya di kalangan orang-orang beriman apabila matinya nabi Muhamad s.a.w. nabi sudah wafat tiba-tiba mereka menyeleweng Allah akan melahirkan satu kaum yang akan berjuang untuk meneruskan perjuangan nabi Muhamad s.a.w. dan Allah mengatakan sifat puak ini ialah Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah iaitu syarat pertama daripada Hizbullah, golongan yang menyambung perjuangan nabi Muhamad s.a.w. yang dipilih oleh Allah ialah golongan yang Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah s.w.t.”

Syeikh Said Hawa menyebut dalam kitabnya Jundullah (bala tentera Allah) di antara maksud YUHIBBUHUM WAYUHIBBUHU NAH ialah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah ialah sebagaimana disebut di dalam ayat bermaksud:

Maka ikutlah kamu akan aku (akan nabi Muhamad s.a.w) nescaya Allah akan mengasihi kamu.

Mengikut nabi Muhamad s.a.w. bermula daripada mengucap dua kalimah syahadat. Sembahyang mengikut nabi, puasa ikut nabi, nikah kahwin ikut cara nabi, makan minum mengikut ajaran nabi, muamalat dan segala urusan kerja ikut cara nabi dan termasuklah nabi Muhamad s.a.w. berhijrah ke Madinah dan mendirikan kerajaan Islam di Madinah, sebuah kerajaan yang menjadikan hukum Islam hukum yang berkuasa, hukum yang memerintah bukan hukum yang tidak ada kuasa. Hukum Islam mesti dijadikan hukum yang berkuasa.

Para sahabat di kalangan muhajirin dan ansar telah membuktikan mereka itu menjalankan ‘Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah’. Mereka membuktikan bahawa mereka mengikut firman Allah Ta’ala “Maka ikutlah kamu akan aku nescaya Allah mengasihi kamu’”.

Mereka mengikut nabi Muhamad s.a.w sehingga berhijrah ke Madinah. Orang-orang Mekah berhijrah ke Madinah dengan iman.  Mereka meninggalkan harta, meninggalkan tanah air dan ada di kalangan mereka yang meninggalkan anak isteri yang sangat dikasihi kerana mengikut nabi Muhamad s.a.w. bagi mendirikan sebuah kerajaan Islam yang mendaulatkan syariat Allah s.w.t.

Orang-orang Madinah pula menyerahkan tanah air mereka, menyerahkan harta benda mereka dan menyerahkan diri mereka untuk mendirikan kerajaan Islam yang didirikan oleh nabi Muhamad s.a.w.

Maka ikutlah kamu akan aku iaitu ikutlah nabi Muhamad s.a.w. daripada awal hingga akhir. Mengasihi Allah dan mengasihi nabi Muhamad s.a.w. termasuk di dalamnya halal watul iman (kemanisan iman).

Sabda Rasulullah s.a.w. “Tiga perkara, barangsiapa yang mempunyai ketiga-tiga perkara ini maka dia mempunyai kemanisan iman.”

Kemanisan iman ibarat gula kerana manis dan garam kerana masin. Gula tidak berguna kalau tidak ada manis dan begitu juga garam tidak berguna kalau tidak ada masin.

Jika imannya tidak ada manis maka imannya tidak ada erti.
  
Tanda kemanisan iman itu tiga perkara:

1. Bahawa Allah dan rasul-Nya yang paling dia kasih lebih daripada segala yang lain. Dalam kehidupan dia mengasihi Allah dan rasul melebihi diri sendiri, anak isterinya, kaum keluarga dan harta bendanya.

2. Dia kasih kepada seseorang bukan kerana hartanya banyak, bukan kerana kedudukan yang tinggi, bukan kerana sebab-sebab duniawi tetapi kasih kerana Allah.

3. Dia benci menjadi kafir sebagaimana dia tidak mahu dicampak ke dalam api. Dia tidak mahu menjadi kafir sekali-kali setelah menjadi Islam.

Jadi bila disebut kufur atau murtad hendak disebut NA’UZUBILLAHIMIN ZALIK, WAL’IYA ZUBILLAH. (memohon perlindungan daripada Allah supaya jangan jadi murtad atau kufur.”

Jika disebut murtad dia tidak berasa apa-apa menandakan orang itu tidak ada kemanisan iman. Maka sangat malang bila dikatakan kepadanya kalau buat begini jadi murtad atau kalau kata begitu jadi murtad. Maka dia menjawab murtad ke murtadlah. Itu menandakan tidak ada kemanisan iman di dalam dirinya.

Jadi kemanisan iman menanda seseorang itu ada iman. Di antara tandanya ialah mengikut nabi Muhamad s.a.w daripada awal hingga akhir.

Disebut dalam hadis bahawa Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa aku akan menunggu kamu di kolam Kausar pada hari kiamat kelak.

Disebut dalam hadis-hadis yang lain ada di kalangan umat Muhamad s.a.w. yang ada pada dirinya tanda umat Muhamad iaitu tanda wuduk. Bila dia datang ke kolam Kausar dia telah dihambat oleh malaikat. Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Umat aku, umat aku.”

lalu dijawab oleh malaikat: “Wahai Muhamad kamu tidak tahu mereka ini buat apa selepas kamu wafat, mereka telah terpesong daripada ajaran kamu.”

Mereka telah murtad semua sekali atau murtad separuh. Murtad semua maknanya keluar daripada Islam. Murtad separuh maknanya sembahyang, puasa dan haji ikut ajaran Islam tetapi bab lain ikut barat, ikut komunis, ikut sosialis, ikut kapitalis dan macam-macam. Itu bermakna terpesong daripada petunjuk yang dibawa oleh nabi s.a.w dan tidak mendapat kasih daripada Allah s.w.t.

Orang yang kasih kepada Allah dijanjikan YUHBIB KUMULLAH (Allah kasih kepada kamu) dan Dia mengampunkan dosa-dosa kamu.

Itulah kelebihan fadilat yang didapati oleh mereka yang kasihkan Allah yang mengikut nabi Muhamad s.a.w.

“Dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment