Thursday, November 10, 2016

SALING MAAF MEMAAF:



Dosa dengan Allah kena minta ampun dengan Allah, tetapi dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia.

Berdasarkan satu hadis semasa nabi SAW sedang mengajar di masjid, nabi kata: “Sekejap lagi akan masuk seorang ahli syurga. Dia akan masuk melalui pintu itu.”

Nabi menyebut perkara itu semasa mengajar selama tiga malam berturut-turut.

Para sahabat nabi SAW mencari-cari siapa orangnya. Bila disiasat orang itu bukan buat ibadat apa sangat. Tidak bertahajjud atau berzikir tiap-tiap malam. Balik dari masjid lepas Isya, makan kemudian tidur. Bangun waktu Subuh terus ke masjid. Cuma setiap malam sebelum tidur dia memohon kepada Allah dengan berkata: “Ya Allah ya tuhan ku aku ampun segala dosa orang terhadap diri aku.”

Itu sahaja amalannya setiap malam sebelum tidur dan nabi kata dia ahli syurga.

Jadi eloklah kita sesama kita saling maaf-memaafkan. Untuk berbuat demikian memadailah berlafaz dengan ikhlas kerana Allah: “Ya Allah ya tuhan ku, aku maafkan SEMUA kesalahan orang terhadap diri aku dan aku memohon kepada mu ya Allah semuga terbuka pintu orang lain untuk memaaf segala kesalahan aku terhadap mereka.”

Dengan lafaz yang demkian In Sya Allah terampunlah dosa sesama kita.

Jika kita tidak sudi mengampun kesalahan orang terhadap diri kita akibatnya:

1. Akan dibicarakan di akhirat kelak dan ini melambatkan kita masuk syurga
2. Pahala diperolehi lebih kecil daripada kita mengampunkannya.

Jika kita sudi mengampun kesalahan orang terhadap diri kita akibatnya:

1. Tidak akan dibicarakan di akhirat kelak kerana semuanya sudah selesai di dunia.
2. Pahala diperolehi lebih besar daripada kita tidak mengampunkannya. Sebagai orang beriman sudah tentu memelih pahala yang lebih besar.

Kita memohon kepada Allah semuga kita tergolong di dalam golongan orang yang sudi memaaf kesalahan orang terhadap diri kita.

Wallahu ‘alam.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment