Thursday, November 10, 2016

BER’IKTIKAD DENGAN ADANYA JIN DAN SYAITAN

Di antara makhluk ghaib yang wajib dipercayai adanya walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar ialah jin kerana Allah SWT telah menyatakannya di dalam al-Quran. Begitu juga Rasulullah SAW memberitahu kepada kita di dalam hadis-hadisnya yang sohih.

Antara yang dimaksudkan di dalam al-Quranul Karim ialah: “Antara orang-orang yang bertakwa kepada Allah ialah orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib iaitu perkara yang kita tidak nampak tengak dengan mata dan tidak boleh dengar dengan telinga kita serta tidak boleh dirasa kecuali ia bertasyakkul iaitu dia berupa dengan rupa yang dapat kita lihat lain dari bentuk asal kejadiannya atau Allah membuka hijab untuk kita nampak dan orang lain tidak nampak dengan berbagai-bagai cara.”

 Walaupun kita tidak pernah melihatnya oleh kerana disebut dalam Quran maka wajib kita beriman dan percaya adanya makhluk itu kerana semua yang dinyata dalam Quran adalah benar.

Adanya perkara yang ghaib dapat juga difahami oleh akal manusia maka sesiapa yang mengingkarinya bermakna menolak al-Quran dan hadis dan meletakkan di dalam dirinya sifat-sifat jahiliah dan kafir.

Oleh kerana perkara ini disebut dalam al-Quranul Karim kitab Allah Ta’ala yang wajib benarnya disebut oleh nabi SAW dalam hadis-hadis yang diriwayatkan secara mutawatir (iaitu diriwayatkan oleh ramai para sahabat. Hadis Ahad ialah yang diriwayatkan oleh seorang sahabat sahaja. Hadis mutawatir jika dinafikannya menjadi kafir. Begitu juga ayat al-Qurnul Karim)

Banyak perkara yang ghaib yang kita tidak nampak tetapi ternyata adanya dengan dalil-dalil yang dapat dilihat. Contohnya kita tidak nampak tenaga lektrik, cuaca sejuk dan panas tidak nampak. Tetapi kita boleh percaya dengan adanya dalil keluarnya dari tenaga lektrik seperti lampu bernyala dan kipas berpusing. Apa lagi perkara itu diberitahu oleh Allah di dalam al-Quran.

Ada juga manusia-manusia yang tidak beriman kepada Allah yang mengguna akal semata-mata dan tidak percaya kepada adanya jin. Mengarut semuanya kata mereka.

Ini jadi kafir, jangan membuat main-main. Bukan sahaja kita wajib beriman dengan adanya malaikat, makhluk yang sangat taat kepada Allah Ta’ala yang bersih yang tidak pernah mengerjakan dosa yang disebut oleh Allaht maka wajib kita beriman dengan adanya jin.

Ada makhluk jin yang ditaklifkan ada yang baik dan ada yang jahat, ada Islam dan ada yang kafir maka wajib kita percaya.

Allah SWT menyatakan wujudnya jin dengan firman-Nya surah az-Zariat ayat 56-57: “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku. Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan aku tidak menghendaki mereka memberi makan kepada Aku.”

Allah Ta’ala menyebut dalam al-Quran bahawa dia telah menjadikan makhluk jin dan menjadikan makhluk manusia di antara matlamat mereka dijadikan ialah supaya mereka menyembah dengan makna memperhambakan diri kepada Allah.

Allah Ta’ala mewajib kepada jin dan wajib kepada manusia dan mereka mestilah memperhambakan diri dengan makna tunduk kepada apa sahaja peraturan dan keputusan Allah secara Islam.

Apa makna Islam?

Islam bermakna menyerah diri kepada Allah Ta’ala. Apa-apa yang Allah Ta’ala kata kita kena menerima tidak boleh menolak sama sekali kerana Allah Ta’ala jadikan supaya memperhambakan diri kepada-Nya. Kita dinamakan hamba-hamba kepada Allah. Jin dan manusia adalah hamba-hamba kepada Allah, bukan rakyat kepada Allah.

Dengan kerajaan, dengan ketua dan sebagainya kita boleh kata tidak setuju, tetapi dengan Allah Ta’ala kita tidak boleh kata tidak setuju.

Apa yang ada pada kita dan seluruh kehidupan adalah milik bagi Allah Ta’ala. Nyawa kita, makan minum, pakaian dan segala-galanya adalah kurnia daripada Allah Ta’ala. Oleh kerana itu bila seseorang itu mati disebut INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI’UN (ertinya: sesungguhnya kami adalah milik bagi Allah dan kami kembali kepada-Nya)

Bila kita menerima apa-apa bencana kesusahan, kesakitan dan apa-apa bala disunatkan baca INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI’UN. Kita tidak ada kuasa melainkan apa yang diberi oleh Allah SWT. Jadi kita adalah hamba kepada Allah bukannya rakyat, bukan pekerja dan bukan kuli kepada Allah.

Allah Ta’ala jadikan jin dan manusia, kedua-dua makhluk ini adalah hamba Allah maka jin dan manusia tidak boleh sombong. Kedua-dua makhluk diuji oleh Allaha Ta’ala tidak macam malaikat. Malaikat tidak ada hawa nafsu dan dijadikan tabi’nya taat kepada Allaha Ta’ala. Jin dan manasia ada hawa nafsu dan di hadapan mereka ada benda yang baik dan benda yang buruk.

Allah Ta’ala jadikan dalam alam ini berbagai-bagai makhluk. Ada makhluk yang dijadikan untuk jin dan ada untuk manusia. Ada makhluk dijadikan untuk jin sahaja, ada yang dijadikan untuk binatang sahaja dan ada dijadikan untuk tujuan perubatan bukan untuk makan, maka Allah Ta’ala meletakkan sempadan. Hak manusia setakat ini dan hak jin setakat ini sahaja. Semua ini kita perlu tahu.

Bila sempadan dilanggar bermakna tidak tunduk kepada Allah Ta’ala.

Semua makhluk adalah Islam dengan makna mestilah menyerah diri kepada apa peraturan yang Allah Ta’ala buat kepadanya. Pohon kayu ada yang boleh hidup dalam paya dan jika ditanam di atas darat dia mati. Ada pohon kayu yang boleh hidup di atas bukit dan ada yang boleh hidup di kawasan air masin.

Binatang ada yang boleh hidup dalam air tawar, ada yang boleh hidup dalam air masin dan sebagainya. Antara air masin dan air tawar itu ada barzah iaitu sempadan antara keduanya. Inilah peraturan tabi’ macam kita hidup yang terpaksa bernafas.

Ada pula ketaatan secara menggunakan akal. Ini boleh dan ini tidak boleh. Tuhan memberi akal supaya manusia dan jin mentadbir makhluk-makhluk yang lain.

Sebelum dijadikan manusia Allah menjadikan jin. Jin telah hidup di atas muka bumi lebih lama daripada manusia. Tiba-tiba jin membuat kekacauan lalu Allah memerintahkan malaikat menyerang makhluk jin dan menawan ketuanya yang dinamakan iblis dan dibawa ke langit. Setelah jin tidak mampu membuat dengan sempurna Allah Ta’ala tambah dengan kejadian manusia.

Firman Allah Ta’ala: “Dan ingatlah apabila tuhan kamu berkata kepada malaikat Aku hendak jadikan di atas muka bumi makhluk manusia yang menjadi khalifah.”

Tuhan memberitahu hendak menjadikan manusia sebagai khalifah bermula dengan Adam.

Lalu malaikat bertanya: “Wahai tuhan adakah engkau hendak jadikan makhluk yang melakukan kejahatan dan menumpahkan darah padahal kami mengucap tasbih memuji memuja kamu wahai tuhan.”

Malaikat kata: “kami sudah ada kenapa hendak menjadi manusia pula. Suruh kamilah bekerja di atas muka bumi dan kami taat kepada kamu wahai tuhan.”

Malaikat tidak sekali-kali derhakan Allah.

Tuhan kata: “Aku tahu apa yang kamu tidak tahu wahai malaikat.”

Ada tugas yang diberikan kepada makhluk yang baharu dijadikan iaitulah manusia untuk berada di bumi beribadat kepada Allah dan memakmurkan bumi dengan makhluk-makhluk yang dijadikan oleh Allah. Barang ini untuk membuat bangunan, barang ini untuk makan dan ini untuk perubatan dan sebagainya. Babi dijadikan untuk baja tetapi ada manusia yang makan.

Jin ada yang melanggar peraturan dan manusia juga ada yang melanggar peraturan. Pada hari kiamat manusia akan dibicarakan. Mereka yang beriman dan mengerjakan amalan yang solih di kalangan jin dan manusia masuk syurga dan yang tidak beriman masuk neraka. Itu adalah janji daripada Allah Ta’ala.

Ada orang tanya Abu Hanifah: “Wahai Shiekh kenapa jin masuk neraka, neraka itu api dan jin juga api. Api letak dalam api maka tidak siksalah dia.”

Abu Hanifah pun ambil bekas air daripada tanah dan bertanya: “Kamu daripada apa, daripada tanah, bekas air ini, daripada tanah lalu diketuk kepala orang bertanya dengan bekas air itu. Dia bertanya sakit atau tidak. Tanah dengan tanah pun sakit juga.”

Firman Allah Ta’ala surah ar-Rahman ayat 33: “Hai Jemaah jin dan manusia jika kamu sanggup menembusi penjuru langit dan bumi maka cubalah menembusinya. Kamu tidak dapat menembusinya melainkan dengan satu kekuasaan yang mengatasi kekuasaan Kami.”

Tuhan mencabar: “Wahai manusia dan jin kamu boleh cuba menembusi langit dan bumi. Boleh mengorek bumi sampai tembus atau tebukkan langit sehingga tembus. Kamu tidak boleh membuatnya kerana kamu tidak ada kekuatan.”

Hari ini ahli-ahli sains di kalangan manusia mengatakan bahawa jarak bintang-bintang ialah trilian tahun perjalanan cahaya. Perjalanan cahaya lebih laju daripada perjalanan suara dan suara lebih laju daripada kereta yang laju.

Umur kita ini jarang-jarang sahaja seratus tahun. Bagaimana hendak menembusi langit sedangkan bintang-bintang berada di bawah langit dunia. Ini menunjukkan betapa besar dan hebatnya pemerintahan Allah yang tidak mungkin dilawan dan ditembusi oleh makhluk jin dan manusia.

Begitu banyak ayat al-Quran menceritakan mengenai jin maka wajiblah kita beriman kepadanya.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment