Friday, November 11, 2016

FADILAT BISMILLAH

BISMILLAHI RRAHMANI RRAHIM ialah ayat al-Quran.

Mengikut hadis membaca Quran setiap huruf diberi 10 ganjaran. Kita sebut alif lam mim 3 huruf maka kita mendapat 30 pahala.

Bismillah hingga selesai ada 19 huruf maka kita mendapat 190 pahala.

Mengikut ulamak baragsiapa yang membaca bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur setiap malam fadilatnya:

1. Allah pelihara rumah kita daripada kebakaran
2. Allah pelihara daripada kemalangan
3. Allah pelihara daripada mati mengejut
4. Allah pelihara daripada mati lemas.

Banyak hadis mengenai amalan sunat sebelum tidur malam antaranya:

1. Ambil wuduk sebelum tidur
2. Baca 3 Qul
3. Baca ayat Kursi
4. Baca ayat akhir surah al-Baqarah
5. Baca SUBHANALLAH 33 kali
6. Baca ALHAMDULILLAH 33 kali
7. Baca ALLAHU AKBAR 33 kali dan diakhiri dengan Allahu Akbar kabirau hinggalah seterusnya.

Sebaik-baik sahaja celik mata di pagi hari, doa yang kita bacakan ialah 

ALHAMDULILLAHI LLAZI AHYANA BA’DAMA AMATANA WAILAIHIN NUSYUR, 

Maksudnya, “Terima kasih ya Allah, syukur kepada-Mu ya Allah, tuhan yang telah menghidupkan kami, setelah mematikan kami dan kepada-Mu jualah kami akan dikembalikan”.

Jadi apabila celik mata di pagi hari ucapan yang pertama diajar oleh nabi ialah terima kasih ya Allah, syukur kepada-Mu ya Allah kerana telah menghidupkan kami setelah mematikan kami. 

Ini menunjukkan betapa pentingnya bersyukur kepada Allah tuhan yang menjadikan kita.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment