Friday, November 11, 2016

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN JIN


Ada jin berhubung dengan manusia dan manusia berhubung dengan jin. Adalah diakui perkara ini wujud sehingga para ulamak telah membincangkan masalah perkahwinan antara manusia dan jin. 

Kebanyakan ulamak tidak mengharuskannya kerana berlainan jenis tetapi ada juga segelintir ulamak yang mengharuskannya. 

Ini menunjukkan ada perhubungan antara manusia dan jin kerana sama-sama duduk di atas muka bumi Allah SWT. Walaupun berlainan sifat kejadian sehingga berlakunya percampuran, para ulamak membincangkan hukum masalah perkahwinan diantara manusia dan jin. Ada jin yang berkenan kepada manusia dan sebaliknya. Di sini timbul masalah.

Mengikut jumhul ulamak tidak boleh berkahwin antara manusia dengan jin kerana berlainan sifat kejadian. Tujuan perkahwinan ialah untuk berkeluarga. Manusia berada sepenuhnya di alam nyata jin berada di alam ghaib. Jin hanya boleh berupa (bertasyakkur). 

Masing-masing ada kelemahan. Jadi pertembungan antara manusia dan jin dalam keluarga itu susah hendak diatasi. 

Pendapat yang kuat di kalangan para ulamak, haram manusia berkahwin dengan jin. Ada kalangan ulamak mengharuskan. Tetapi pandangan ini tersangat lemah.

Terdapat di kalangan jin Islam yang menuntut ilmu dan bertanyakan masalah agama kepada ulamak manusia. As-Sheikh Abdul Wahab asy-Sya’rani RA seorang ulamak Mesir telah mengarang kitab berhubung dengan masalah manusia yang ditanya oleh jin. Bila ulamak-ulamak jin tidak menjawab soalan maka jin bertanya ulamak manusia. Kitab itu dikarang dalam tahun 950 Hijrah. 

Disebut dalam mukadimahnya menyatakan: Telah tiba kepada saya soalan-soalan di dalam suatu kertas merupakan sekajang surat yang besar ditulis dengan tulisan Arab. Tiba-tiba isinya ialah apakah pendapat ulamak manusia dan tuan-tuan guru mereka tentang soalan-soalan yang bertulis ini yang disampaikan kepada tuan oleh pembawanya. 

Sesungguhnya telah menjadi kemusykilan kepada kami dan kami telah bertanya kepada tuan-tuan guru kami di kalangan jin. Mereka menjawab kajian berhubung dengan soalan-soalan ini tidak ada melainkan di kalangan ulamak manusia. Seterusnya mereka menyebut soalan-soalan sehingga akhirnya. Soalan-soalan ini tiba kepada saya pada malam Selasa 26 Rejab 955.

Seterusnya beliau menulis segala puji bagi Allah tuhan yang telah mengurniakan kepada saya kemampuan dapat menunjukkan kepada saudara-saudara kita di kalangan jin di zaman ini.

Seterusnya inilah dia saya menjawab kepada mereka sekadar yang dibukakan Allah kepada saya berhubung dengannya pada masa ini. Cukuplah ia bagi ku dan ia sebaik-baik wakil. 

Antara soalannya ialah: “Mereka bertanya kepada aku berhubung dengan maqam kedudukan makrifatullah, mengenal Allah Ta’ala, adakah seseorng itu sampai kepadanya sehingga mengenal Allah seperti Allah mengenal dirinya atau tidak sah, tidak betul yang demikian itu kepada seseorang pun.

Aku menjawab kepada mereka tidak harus begitu kepada sesiapa pun walau bagaimana tinggi darjatnya kerana wajib bagi Allah Ta’ala itu tertentu ilmu lebih daripada hamba-hamba-Nya. Ilmu-Nya tidak boleh dicapai oleh malaikat yang hampir dengan-Nya dan nabi yang menjadi rasul kerana kalaulah hamba itu mengetahui tuhannya sama seperti tuhannya mengetahui dirinya nescaya bersamaanlah ilmu tuhan dengan ilmu hamba-Nya dan tidak harus orang yang berkata begitu.”

Ertinya tidak harus bagi seseorang mengenal Allah Ta’ala sebagaimana Allah Ta’ala kenal diri Dia sendiri kerana ilmu Allah Ta’ala tidak terhingga, tidak sama dengan ilmu kita. Ilmu kita terhad. Kita kenal Allah Ta’ala mengikut kadar kemampuan yang diberi kepada kita sahaja dengan dalil-dalil yang ditunjukkan kepada kita.

Jadi kisah ini menunjukkan Allah Ta’ala mengurniakan ilmu kepada manusia lebih daripada makhluk jin. Ulamak-ulamak manusia lebih daripada ulamak jin, maka Allah Ta’ala melantik rasul-rasul di kalangan manusia. Kejadian jin lebih dulu daripada manusia. Bila nabi Adam dilantik menjadi nabi tugas jin diambil alih oleh manusia yang disaksikan oleh para malaikat dan jin.

Sangat bahaya kita berkawan dengan jin, makhluk yang kita tidak tahu jin itu kafir atau Islam. Jika jin Islam pula kita tidak tahu dia baik atau tidak. Dengan manusia jika kita tidak kenal dia kita boleh jadi sesat. Apa lagi dengan makhluk yang kita tidak nampak, mungkin dia menipu kita dan menyesatkan kita.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment