Tuesday, November 15, 2016

ISLAM MENGIKTIRAF CERDIK PANDAI



Dalam sejarah purba ahli falsafah Greek dibunuh oleh kerajaan Greek kerana dia bijak.

Di India seorang arkitek yang bijak mencipta istana dan bangunan yang indah. Setelah bangunan selesai dibina raja mengarahkan tangan arkitek dipotong supaya tidak dapat membuat plan istana yang lebih cantik.

Dalam sejarah Melayu walaupun dongeng tetapi menjadi pengajaran. Bila Singapura diserang todak raja Singapura mengarahkan rakyat menahan betih untuk melawan todak yang menyerang pantai Singapura. Lalu seorang pemuda berkata:

“Jangan tahan betih, bodoh. Tebang pisang dan ambil batangnya.”

Pohon pisang ditebang dan batangnya dipasang di pantai Singapura. Todak kalah melawan dengan batang pisang bukan berlawan dengan betih.

Orang besar mengatakan: “Tuanku budak ini bijak besar nanti dia guling kerajaan.” Lalu raja mengarah supaya pemuda itu dibunuh.

Sejarah Melayu, sejarah China, India, Rome dan Farsi menggambarkan pembunuhan orang-orang bijak tetapi Islam mengambil orang bijak kerana nabi berkata: “Kebijaksanaan kepunyaan orang Islam dari mana datang mesti diambil.”

Islam mengiktiraf cerdik pandai dan mengambil semua ilmu yang berguna daripada pelbagai bangsa dan agama serta berbagai-bagai bidang untuk dicipta tamadun.

Maka lahirlah tamadun Islam yang berdasarkan akhlak yang mulia serta menyelamatkan manusia. Islam memerintah dunia lebih daripada seribu tiga ratus tahun.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment