Tuesday, November 15, 2016

TAWAKKAL ORANG BADWI



Mengikut hadis riwayat Termizi dan katanya hadis Hasan:

“Daripada Omar RA katanya aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
kalaulah kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu sebagaimana diberi rezeki kepada burung.
Mereka keluar waktu pagi dalam keadaan kosong tembolot dan balik waktu petang dalam keadaan penuh tembolot.”

Hadis ini menyatakan kita mesti bertawakkal kepada Allah Ta’ala dengan makna menyerah diri dan mengharapkan kurnia Allah dengan melakukan usaha dan ikhtiar bukan duduk saja-saja tetapi usaha dan ikhtiar kemudian bertawakkal kepada Allah. 

Jika tawakkal tanpa usaha dan ikhtiar bermakan kita menyuruh tuhan menjadi hamba kita. Ini tidak betul.

Di sini disebut contoh burung. Burung adalah makhluk yang sangat bertawakkal kepada Allah. Keluar waktu pagi dalam keadaan tembolotnya kosong, sentiasa mencari rezeki waktu siang hari, terbang ke sana dan terbang ke sini. 

Rezeki adalah pemberian daripada Allah Ta’ala. Maka Allah Ta’ala memberi rezeki yang cukup dalam hidupnya.

Begitulah kita manusia sekiranya kita bertawakkal kepada Allah Ta’ala, berusaha dan berikhtiar kita akan ditolong Allah Ta’ala sama ada mendapat rezeki cukup atau tidak cukup.
Jika cukup ALHAMDULILLAH dan jika tidak cukup kita hendak bersabar. Dan diberi pahala pula oleh Allah Ta’ala dengan kesabaran itu. 

Jika diberi lebih rezeki kita bersyukur dan mendapat pahala bersyukur pula. Inilah kelebihan manusia daripada makhluk-makhluk yang lain. 

Makhluk lain tiada perhitungan dosa dan pahala. Kehidupan kita lebih mencabar daripada makhluk-makhluk lain.
Jadi jika kita bersabar dan bersyukur mendapat kelebihan di sisi Allah di dunia dan di akhirat

Satu kisah yang masyhur mengenai seorang Badawi yang datang ke masjid dengan unta. Bila tiba di masjid dia tinggal unta di luar dan terus masuk ke dalam masjid. Bila keluar dari masjid didapati untanya sudah tidak ada. 

Dia bertanya orang:
 “Mana unta saya”

Orang menjawab:
“Kamu tambat atau tidak unta kamu.”

Jawabnya:
“Tidak. Aku tawakkal dah kepada Allah.”

Itu tawakkal yang tidak betul. Berikhtiar terlebih dahulu, tambat dulu unta itu baharu tawakkal kepada Allah Ta’ala.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment