Tuesday, November 15, 2016

MALAIKAT MENYAMPAI SALAM KEPADA NABI



Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya bagi Allah itu ada malaikat yang menyampaikan kepada aku salam umat aku.” (Riwayat Ahmad Annasyai)

Hadis ini menunjukkan bahawa setiap salawat yang diucapkan oleh umatnya walau di mana sekali pun ada malaikat yang ditugaskan untuk menyampaikan kepada nabi SAW. 

Jadi bila orang hendak ke Mekah tidak payah kirim salam ke nabi kerana salam di mana-mana sampai kepada nabi. Malaikat serta merta memberi tahu kepada nabi SAW sianu bin sianu memberi salam.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah SWT itu mempunyai malaikat yang diberi kemampuan mendengar akan hamba-hambanya. 

Maka tidaklah seseorang itu bersalawat kepada aku melainkan salawat itu sampai kepada aku dan sesungguhnya aku bermohon kepada tuhan aku supya tidaklah seseorang itu bersalawat kepada aku melainkan Allah bersalawat kepadanya dengan sepuluh salawat (sepuluh kali ganda).” Hadis riwayat Tabrani.

Hadis menceritakan maksud yang sama tetapi lebih panjang. Allah Ta’ala menugaskan malaikat yang boleh mendengar di mana sahaja orang bercakap dan bersalawat kepada nabi walau jauh mana sekalipun.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment