Friday, November 11, 2016

SIJJIN

Firman Allah Ta’ala surah al-Muthaffifin ayat 1-17: “Tidak sepatutnya mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat 

Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang yang berdosa itu didaftarkan di dalam sijjin dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia sijjin itu, ialah tempat simpanan kitab catitan yang jelas nyata yang menghimpunkan amalan orang-orang yang berdosa. 

Kecelakaan besar pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas kebenaran lagi sangat-sangat derhaka sehingga apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat kami ia akan berkata ini ialah dogeng orang-orang dahulu kala.
Sebenarnya pada ayat-ayat kami tidak ada cacatnya bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan.

Jangan lagi mereka berlaku demikian kalau tidak mereka pada hari itu tetap terdinding daripada rahmat tuhan mereka. Kemudian sesungguhnya mereka akan menderita bakaran neraka. Akhirnya dikatakan kepada mereka inilah dia azab seksa yang kamu dustakan dahulu.”

Sesiapa yang beramal sebesar habuk yang halus nescaya ia akan lihat pada hari kiamat kelak.
Allah Ta’ala berfirman KALLA, jangan begitu. Jangan buat apa yang dilarang oleh Allah Ta’ala. Menipu orang dalam sukatan dan timbangan dan tidak percaya adanya hari akhirat.

“Sesungguhnya buku daftar tulisan amal yang dicatat oleh malaikat itu disimpan dalam sijjin, buku simpanan yang dijaga rapi.

Dan apakah kamu tidak tahu apa dia sijjin itu. Iaitulah tulisan-tulisan yang tidak hilang.” 

Catatan itu dipelihara dengan rapi, tidak luntur dan tidak hancur.

“Celaka dan neraka bagi orang-orang yang membohongi yang mendustakan hari pembalasan.”

Mundusta adanya hari kiamat yang diberitahu kepadanya; adanya hari akhirat, adanya hari kiamat. Bukan sekadar manusia dimatikan bahkan seluruh dunia dihancurkan dan Allah menghidupkan semula, dihimpunkan manusia dan dibawa catatan-catatan amal mereka untuk dibicarakan di hadapan Allah.
Itu dia hari YAUMUDDIN, hari pembalasan. Sejauh mana kamu mengikut agama atas dunia dulu.

“Dan tidaklah membohongi hari kiamat itu melainkan oleh setiap orang yang melampaui batas yang ditetapkan olah Allah Ta’ala. (Ini Islam dan ini kufur. Ini Iman dan ini kufur. Ini Islam dan ini jahiliah. Ini halal dan ini haram.)

Orang yang melanggar sempadan Allah mengerjakan dosa yang banyak, apabila dibaca kepadanya ayat-ayat Quran mereka berkata itu cerita-cerita dogeng. (Cerita dongeng sahaja, tidak dapat dilihat pun. Mereka mempermain-mainkan ayat Quran)
KALLA jangan begitu, bahkan tuhan jadikan karat-karat di dalam hati-hati mereka.”

Karat-karat daripada dosa yang mereka lakukan dan amalan jahat yang mereka buat menyebabkan mereka tidak mendapat hidayah daripada Allah Ta’ala.

“Jangan buat begitu. Pada hari itu mereka didindingi daripada mendapat petunjuk lalu menjadi sesat, kerana ditutupi oleh dosa-dosa yang banyak menyebabkan mereka tidak nampak perkara yang sebenar”

“Sesungguhnya mereka itulah yang menyalakan api neraka yang membakar diri mereka sendiri.” 

Nabi kata dalam hadis manusia macam kerkatu yang menerkam kepada api yang bernyala walaupun dia melihat kawan-kawan dia mati dibakar oleh api.
Itulah perangai manusia berlomba-lomba untuk masuk neraka kerana mengikut hawa nafsu.

“Malaikat yang menjaga neraka berkata kepada mereka yang berada dalam neraka itu: “inilah dia yang pernah kamu bohongi pada hari itu.”

Malaikat menempelak mereka pada hari akhirat nanti.

Ini adalah cerita-cerita benar yang dinyatakan oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quranul Karim, cerita yang mesti berlaku macam perkara yang telah berlaku yang kita lihat dengan mata kepala sendiri. Hanya orang-orang beriman sahaja berasa begitu. Orang tidak beriman tidak terasa apa-apa kerana diselaputi oleh kekufuran dan tertutup pintu hati mereka daripada menerima kebenaran.

Orang beriman jika membuat dosa dia bertaubat dan membuat amal baik untuk menebus dosa yang dibuat.

KULIAH TAFSIR YT

No comments:

Post a Comment