Thursday, November 17, 2016

UMRAH BULAN RAMADAN



Sabda Rasulullah s.a.w “Dari Ibni Abas r.a. bahawa nabi s.a.w bersabda umrah di bulan Ramadan menyamai satu haji.” (Hadis muttafakun alaih.)

Mengikut riwayat yang lain bersama dengan satu haji bersama dengan aku (nabi s.a.w.) Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis ini menunjukkan fadilat mengerjakan umrah di bulan Ramadan. Orang yang mengerjakan umrah di bulan Ramadan diberi fadilat seolah-olah mengerjakan haji.

Mengikut riwayat yang lain seolah-olah sama dengan mengerjakan haji bersama Rasulullah s.a.w.

Ini bukan bermakna bila membuat umrah bulan Ramadan haji tidak perlu buat. Haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu. Orang yang tidak membuat haji sedangkan ia mampu, tetap berdosa walaupun sudah membuat umrah bulan Ramadan.

Haji mesti ditunai seumur hidup sekali kepada mereka yang mampu kerana menunaikan haji bagi yang mampu adalah rukun Islam.

KULIAH YT


No comments:

Post a Comment