Thursday, November 10, 2016

WAJIB WUJUD KERAJAAN ISLAM




Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia, keterangan-keterengan daripada petunjuk dan membezakan di antara yang betul dengan perkara yang salah”

Allah Ta’ala memilih bulan Ramadan diturunkan al-Quran daripada Luh Mahfuz ke langit dunia. Quran menjadi petunjuk kepada manusia dan mereka bersedia untuk menjadi al-Quran sebagai petunjuk ialah mereka yang bertakwa kepada Allah Ta’ala.
Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Alif Lam Mim, kitab ini tidak syak lagi memberi petunjuk kepada orang-orang bertakwa”.

Ayat ini ialah permulaan surah al-Baqarah yang disusun dalam Quran selepas surah al-Fatihah. Surah al-Fatihah menjadi rukun sembahyang dan di dalamnya ada doa yang dibaca setiap rakaat iaitu maksudnya, “Tunjuklah kami jalan yang benar”.

Kemudian dinyatakan dalam surah al-Baqarah dalam ayat yang pertama jalan yang betul itu ialah al-Quranul Karim. Barang siapa yang mahu petunjuk yang betul, yang benar mestilah petunjuk daripada tuhan yang menjadikan alam.

Tuhan menurunkan Quran di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup menerima petunjuk tuhan ialah mereka yang bertakwa. Allah Ta’ala memilih bulan Ramadan juga diwajib berpuasa. Tujuan yang besar daripada puasa ialah bertakwa kepada Allah Ta’ala. 

Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang lebih dahulu daripada kamu yakni di zaman nabi-nabi zaman dahulu supaya kamu bertakwa”.

Tujuan berpuasa ialah supaya menjadi orang yang bertakwa. Tanda takwa ialah menjadi al-Quran sebagai petunjuk. Hanya mereka yang bertakwa sahaja yang menjadi Quran sebagai petunjuk. 

Allah Ta’ala menguji dan mencuba manusia bukan semua manusia menerima petunjuk al-Quran. Ramai manusia tidak menerima Quran menjadi petunjuk. Ada yang terus kafir dan ada yang membaca Quran begitu sahaja tidak menjadikan Quran sebagai petunjuk. 

Allah Ta’ala pilih bulan Ramadan berlakunya ‘Yaumal Furqan’ hari yang membezakan antara perkara yang betul dengan perkara yang salah. 

Allah Ta’ala pilih bulan Ramadan berlakunya peperangan Badar. Peperangan antara nabi SAW dengan orang-orang musyrikin Mekah. 

Allah Ta’ala pilih bulan Ramadan juga berlakunya ‘Fathul Mekah’. Mekah dimerdekakan. Bukan merdeka daripada penjajah tetapi merdeka daripada orang Arab yang menganut fahaman jahiliah.
Bulan Ramadan juga Allah Ta’ala pilih berlakunya peristiwa Anjalut iaitulah bala tentera Islam mengalahkan kaum Tartar di Palastin.

Mengapa berlakunya perlawanan ini?

Sebabnya Quran yang dijadikan petunjuk itu hendaklah diamalkan dalam semua urusan hidup. Quran menunjuk siapa tuhan yang sebenar. Quran menunjuk bagaimana beribadat kepada tuhan yang sebenar. Quran juga menunjuk bagaimana cara hidup manusia bermula daripada orang perseorangan.

Makanan, ada makanan yang halal dan ada makanan yang haram. Pakaian, mesti memakai pakaian yang menutup aurat dan diharamkan membuka aurat. Pergaulan antara lelaki dengan perempuan, ada perkahwinan, ada nafkah dan ada penceraian.

Dalam kehidupan ada manusia yang berniaga dan ada yang bercucuk tanam. Ini diajar dalam Quran. Berniaga dan membuka tanah ada halal dan ada haram. Dalam masyarakat berlaku perselisihan dan penentangan antara satu sama lain. 

Oleh itu ada yang memerintan dan mentadbir. Mesti ada undang-undang dan peraturan di peringkat keluarga, peringkat negara dan juga peringkat dunia.

Quran menunjukkan bagaimana berperang, berdamai, hubungan sesama Islam dan bagaimana hubungan dengan bukan Islam.

Untuk beramal dengan ajaran dalam Quran tidak cukup dengan seseorang itu mengucap dua kalimah syahadat. Mestilah berjuang supaya tertegaknya pemerintahan Islam.

KULIAH YT

No comments:

Post a Comment