Wednesday, November 9, 2016

BICARA RAMADAN



Firman Allah Ta’ala bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan juga ke atas orang-orang lebih dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa dan takutkan akan Allah beberapa hari yang dibilangkan.
Maka sesiapa di kalangan kamu yang sakit atau pun musafir atau uzur dan tidak boleh berpuasa dibolehkan kepadanya meninggalkan puasa maka hendakalah menggantikannya pada hari yang lain. Sesiapa yang mampu hendaklah membayar fidyah, sumbangan makanan kepada orang miskin, sekiranya kamu memberi lebih daripada yang diwajibkan itu lebih baik kepada kamu dan bahawa kamu berpuasa itu lebih baik sekiranya kamu mengetahui."

Bulan Ramadan bulan yang diturunkan padanya al-Quran yang terkandung di dalamnya petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk yang membezakan di antara perkara yang betul dan perkara yang salah.”

Bulan Ramadan bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, dihidangkan dengan makanan-makanan ruhani dan jasmani. Kedua-dua jenis makanan ini diberi pahala yang sangat besar kepada kita. Kelebihan bulan Ramadan boleh menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan dalam masa setahun.

Dinyatakan oleh Rasulullah SAW: “Sembahyang lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadan ke Ramadan boleh menghapuskan dosa yang dilakukan dicelah-celahnya sekiranya ditinggalkan dosa-dosa yang besar.”

Betapa besarnya kelebihan ibadat puasa ini sehingga tidak ditentukan berapa kali ganda pahalanya. Hanya Allah SWT yang mengetahui. Allah SWT menyimpan pahala ini untuk diberi kepada sesiapa yang menunaikannya di hari kiamat kelak.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya puasa itu terserah kepada Aku dan Akulah yang akan menentukannya pada hari kiamat kelak.”
 

Dalam bulan Ramadan kita dilatih oleh Allah Ta’ala untuk mendidik diri kita menjadi orang yang bertakwa kepada Allah Ta’ala. Di bulan Ramadan juga Allah Ta’ala turunkan al-Quran yang membezakan di antara perkara yang betul dan perkara yang salah. 

Bulan Ramadan juga Allah Ta’ala pilih berlakunya kemenang besar kepada umat Islam. Bulan Ramadan juga Allah Ta’ala memperkenankan doa sekikranya kita mengambil peluang berdoa kepada Allah Ta’ala.

Apa yang penting ialah Allah Ta’ala mendidik dan melatih kita dengan ibadat puasa supaya kita menjadi manusia yang sebenar. Manusia yang berbeza dengan malaikat dan berbeza dengan binatang.

Semua makhluk yang Allah Ta’ala jadi ada tugas masing-masing. Malaikat ada tugas, binatang ada tugas dan manusia ada tugas. Manusia mempunyai tugas yang lebih besar daripada makhluk-makhluk yang lain. Allah Ta’ala meletakkan manusia di atas muka bumi untuk menjalankan tugas memperhambakan diri kepada Allah Ta’ala.

Untuk menjalankan tugas mentadbir dan memakmur bumi ini dengan menggunakan benda-benda yang ada di atas muka bumi menjalankan tugas amanah untuk menjalankan hukum Allah SWT. Tugas ini tidak boleh dibuat oleh malaikat dan tidak boleh dibuat oleh binatang.
Malaikat mempunyai alam ruhani, tidak makan, tidak minum, tidak ada hawa nafsu, dan tidak beristeri dan beranak-pinak. Makhluk malaikat berada di alam ghaib. Mereka selama-lamanya mentaati Allah Ta’ala. Jadi malaikat tidak boleh melakukan kerja lain.

Firman Allah Ta’ala maksudnya, “Mereka itu tidak sekali-kali derhakan Allah, apa sahaja yang Allah Ta’ala perintah mereka buat.”



Makhluk manusia menjalankan tugas yang berlainan dengan tugas malaikat. Ada juga tugas yang sama dengan malaikat dan ada yang sama dengan binatang. Tetapi manusia bukan malaikat dan bukan binatang. Allah Ta’ala jadikan manusia mesti beribadat kepada Allah Ta’ala berhubung dengan Allah Ta’ala sebagaimana malaikat yang berhubung dengan Allah SWT. 

Allah Ta’ala jadikan manusia ada hawa nafsu untuk meramaikan zuriat, hidup bermasyarakat. Manusia berkahwin, makan minum, berpakaian, menggunakan benda-benda yang ada di bumi. Manusia makan tetapi tidak sama dengan binatang.
Ibadat puasa melatih kita menjadi manusia supaya kita jadi macam malaikat dalam satu masa menahan diri kita di waktu siang hari tidak makan, tidak minum dan tidak boleh memuaskan hawa nafsu walaupun perkara ini dibenarkan pada bulan-bulan yang lain. 

Perkara itu diharamkan waktu siang hari di bulan Ramadan untuk melatih kita supaya memperhambakan diri kepada Allah Ta’ala. Kita sanggup meninggalkan perkara yang amat penting itu seolah-olah kita macam malaikat, taat kepada Allah Ta’ala. 

Malaikat tidak ada hawa nafsu tetapi kita ada hawa nafsu. Kita terpaksa melawan hawa nafsu. Kita terpaksa menahan diri daripada makan minum dan memuaskan hawa nafsu. Ini menunjukkan Allah Ta’ala jadikan kelebihan kepada manusia yang taat kepada Allah Ta’ala macam malaikat. Nabi-nabi dan rasul-rasul ASTS yang tidak derhaka kepada Allah maka martabat mereka lebih daripada malaikat.


Dalam masa yang sama manusia ada tubuh badan yang memerlukan makan dan minum untuk menguatkan tubuh badan seolah-olah macam binatang. Tetapi manusia ada akal, boleh menilai baik dan buruk, ada rasa malu, ada maruah dan ada harga diri. Jadi manusia bukan macam binatang dan manusia bukan macam malaikat walaupun ada sedikit persamaan. 

Oleh sebab itu Allah Ta’ala menurunkan peraturan-peraturan kepada manusia supaya beramal dengan peraturan ini di atas muka bumi. 

Manusia tidak boleh beribadat melainkan kepada Allah Ta’ala sahaja. Malaikat boleh berdepan dengan Allah Ta’ala dengan cara yang layak baginya tetapi manusia tidak boleh berdepan Allah Ta’ala. Kita berdepan dengan Allah Ta’ala dengan cara ghaib. Inilah ujian kita kena beriman kepada yang kita tidak nampak dan ini adalah kelebihan kepada kita manusia.

Allah Ta’ala menurunkan Quran yang membezakan perkara yang betul dan perkara yang salah. Perkara yang betul dan perkara yang salah dalam ibadat. Dalam ibadat yang betul ialah menyembah Allah Ta’ala sahaja. Menyembah yang lain adalah salah. Bagaimana hendak beramal denga Quran diajar oleh nabi Muhamad SAW.


Manusia kena makan minum dan kena berpakaian. Allah Ta’ala jadikan ada makan minum yang halal dan makan minum yang haram, pakaian ada yang halal dan ada yang haram.
Pakaian yang wajib ialah pakaian yang menutup aurat, diberi pahala oleh Allah Ta’ala dan bila buka aurat berdosa. 

Makan minum ada yang diharamkan dan ada yang dihalalkan. Semua yang dihalalkan adalah baik dan memberi manfaat, memberi kesihatan dan memberi kekuatan. Semua makan minum yang diharamkan mendatangkan penyakit, merosakkan tubuh badan kita sendiri. 

Daging babi, bangkai, arak, dadah yang diharamkan itu mendatangkan penyakit. Termasuklah yang diharamkan itu ialah yang diperolehi dengan cara tidak halal seperti curi, menipu orang, riba dan seumpamanya menjadikan barang yang kita dapat itu tidak berkat. Kita berbeza dengan binatang, kita mesti mencari dengan cara yang halal.

Dalam muamalat, bercocok tanam, menangkap ikan dan sebagainya ada yang boleh dan ada yang tidak boleh. 

Allah Ta’ala jadikan manusia hidup bermasyarakat. Oleh itu mesti ada pemimpin, mesti berpolitik, dan mesti ada pemerintah. Nabi kita Muhamad SAW mengajar sembahyang, mengajar makan minum, mengajar nikah kahwin dan berpolitik dan bagaimana memerintah negara. 

Nabi kita mencari negeri untuk berpolitik. Apabila pemimpin-pemimpin Mekah mengahalang nabi dan menyebabkan nabi dan para sahabat terpaksa berhijrah ke Madinah untuk mendirikan kerajaan Islam. Ini menunjukkan bahawa berpolitik dan mendirikan kerajaan Islam adalah wajib.

Allah Ta’ala menurunkan Quran untuk membezakan semua perkara: “Bulan Ramadan yang diturunkan Quran untuk memberi petunjuk kepada manusia yang membezakan di antara betul dengan yang salah.”
Betul dan salah yang diberitahu oleh Quran bukan sahaja hal makan minum, pakaian, rumah tangga tetapi termasuk juga bab memerintah negeri. Berpolitik dan memerintah negara dengan betul sebagaimana yang diarah oleh Allah Ta’ala ada dinyatakan dalam Quran.
Balasan pemimpin dan penyokong yang tidak betul kerana tidak mengikut peraturan Allah Ta’ala, bagaimana menyesalnya para penyokong yang duduk dalam neraka kerana menyokong pemimpin yang tidak menjalankan hukum Allah disebut dalam Quran.
Allah Ta’ala akan membicarakan setiap orang di hari pembalasan: “Adakah kamu ingat Kami jadikan kamu begitu sahaja, hidup jadi tua makan minum selepas itu mati begitu sahaja! Tidak. Kamu akan dipanggil balik untuk dihisab apa yang kamu buat semasa hidup atas dunia.”
Quran menunjukkan kepada kita bahawa manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana tidak sembahyang, kerana tidak puasa, kerana menipu dan termasuklah kerana politik tidak betul.

Firman Allah Ta’ala: “Lalu ditanya ahli neraka pada hari kiamat kelak mengapa kamu dibakar dalam neraka? Lalu mereka menjawab masa di dunia dulu kami tidak sembahyang, kami tidak peduli kepada orang miskin sedang dia senang, ada yang masuk kerana bergaul, berbual, berceramah dan mendengar majlis yang tidak betul dengan Islam dan kami membohongi adanya hari kiamat sehingga mati baharulah kami percaya.”
Dalam ayat yang lain: “Dan ingatlah di hari kiamat kelak ketika ahli-ahli neraka dibalik-balikkan muka termasuklah jasad mereka di dalam api nereka sebagaimana dibalik-balikkan ikan yang digoreng di dalam kuali yang panas, dalam keadaan kesakitan mereka berkata alangkah baiknya kalau di dunia dulu kami mentaati Allah dan Rasul dan mereka berkata lagi wahai tuhan kami sebenarnya kami di dunia dulu kami mentaati ketua-ketua dan pemimpin kami merekalah yang telah menyesatkan kami wahai tuhan kami siksalah mereka dengan siksa yang pedih dan laknatkan mereka dengan laknat yang kutuk yang sebesar-besarnya.”
Menunjujkkan bahawa ada kalangan yang masuk neraka kerana politik tidak mengikut syarat Allah yang ada dalam Quran. Memerintah negara tidak mengikut ajaran Islam, tidak mengikut petunjuk yang ajar oleh nabi Muhamad SAW.
Tuhan memilih bulan Ramadan berlakunya kemenangan Islam. Pertarungan di antara yang betul dengan perkara yang salah. Peristiwa Badar berlaku dalam bulan Ramadan. Apabila nabi SAW keluar bersama sahabatnya di Badar dan bertemu dengan pasukan musyrikin Mekah yang dipimpin oleh Abu Jahal dan pengikut-pengikutnya yang terdiri daripada anak-beranak nabi SAW.
Abu Jahal bukan orang Melayu, bukan orang China, bukan orang Amerika tetapi orang Arab. Bersama dengan Abu Jahal ialah bapa saudara, sepupu, kaum kelurga nabi dan sahabat-shabatnya yang tidak Islam dan mereka keluar dengan jumlah yang besar untuk membunuh nabi dan sahabat-sahabatnya supaya kerajaan Islam gagal ditubuhkan di Madinah.

Nabi terpaksa berperang dengan mereka di Badar yang berlaku pada hari Jumaat 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. Nabi dan sahabat-sahabatnya yang berjumlah 313 orang terpaksa berdepan dengan Abu Jahal dengan bala tenteranya berjumlah seribu orang lengkap dengan senjata.
Di saat yang menakutkan ini nabi SAW berdoa: “Ya tuhanku sekiranya binasa kumpulan yang kecil ini tiada lagi orang menyembah Kamu di atas muka bumi ini.”
Maka berlakulah peristiwa Badar yang berakhir dengan kemenangan melalui pertolongan Allah SWT. Kemenangan yang besar dalam sejarah Islam sehingga mereka yang hadir dalam perang Badar diampunkan dosa semuanya oleh Allah Ta’ala.
Malaikat yang hadir dalam perang Badar adalah malaikat yang paling mulia di kalangan malaikat.

Di bulan Ramadan juga berlaku peperangan Anjalut di Palastin. Kaum Tartar yang terkenal dengan ganas, berani dan gagah dengan jumlah yang besar menakluk Baghdad, ibu kerajaan Islam di zaman kerajaan Abasiah.
Kaum Tartar membunuh setiap yang melintas tanpa mengira lelaki dan perempuan dan membakar kitab-kitab yang dikarang oleh ulamak-ulamak Islam dalam segala ilmu pengetahuan. Baghdad menjadi kolam darah dan hilang bahu mayat memakan masa empat tahun. Dahsyatnya kejatuhan Baghdad. Tiada siapa yang berani melawan kaum Tartar ini.
Mereka memaksa orang Islam meninggalkan hukum Quran dan memakai hukum Yasya yang direka oleh mereka. Di saat yang menggerunkan ini orang Islam tidak menyerah kalah. Pada bulan Ramadan berlaku satu bala tentera daripada Mesir yang dipimpin oleh Raja Khutud yang melaungkan seruan “WA ISLAMA” wahai Islam yang tercinta selamatkan Islam kerana Islam dalam bahaya.
Orang Mesir keluar dan dibantu oleh orang Syria, berjaya mengalahkan kaum Tartar dalam peperangan Anjalut di Anjalut, Palastin yang berlaku dalam bulan Ramadan. Akhirnya kaum Tartar ini masuk Islam.

Di bulan yang mulia ini juga Allah menghadiahkan malam Lailatul Qadar, satu malam yang dipilih oleh Allah Ta’ala sebarang ibadat yang bertepatan dengan malam Lailatul Qadar itu diberi pahala seribu bulan (83 tahun lebih): “Malam Qadar lebih baik daripada seribu bulan.”
Allah Ta’ala memberi juga peluang di malam Qadar ini doa kita diperkenankan oleh Allah sama ada tuhan beri selalu di dunia dalam perkara dunia yang baik atau pun tuhan simpan semuanya untuk diberi kepada kita pada hari akhirat.
Dinyatakan oleh nabi SAW: “Tiga jenis manusia yang tuhan tidak menolak doa iaitulah pemipin yang betul-betul adil, orang kena zalim dan orang berpuasa.”
TAZKIRAH RAMADAN  YT

No comments:

Post a Comment